Thursday, January 28, 2010

Ayam Masak Merah

Kalau Kak ina gandingkan Nasi Beriani ngan Daging Masak Prune..Tapi kita buat Ayam Masak Merah je..Versi simple pasal dah malas tak cukup masa....Rasanya semua orang pun taw masak ayam ni, tapi tak kisahlah..nakkkk gak nyelit² resipinya kat sini..Ha ha ha ha Korang takleh marah yaaaa.....


BAHAN-BAHAN
  • 1/4 ekor ayam (potong ikut suka)
  • ½ biji tomato (potong dadu, baji pu boleh)
  • ½ buku kiub pati ayam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit air asam jawa
  • 2 sb sos cili
  • *Beberapa tangkai cili kering (potong dan rendam dlm air panas sehingga lembut)
  • *1 labu bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *sedikit halia (kesemua bahan * diblend membentuk pes)
  • 1 sb madu
  • Garam secukup rasa

PENYEDIAANNYA
  1. Ayam diperap ngan sedikit garam dan serbuk kunyit..Goreng ½ masak..Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend sehingga pecah minyak atau cili masak.
  3. Masukkan tomato, kiub, serai, air asam jawa, kicap dan sos cili.Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam goreng.Kacau sebati sehingga rencah mesra ngan ayam.Tambah air secukupnya jika mahu sedikit berkuah.
  5. Masukkan madu dan perasakan dengan Garam..Masak sehingga semua masak dan cukup rasa.Boleh masukkan bawang yang dipotong membulat jika suka.
  6. sedia di hidang.

No comments: