Friday, January 29, 2010

Nasi Dal

Salam..Masak apa tgh hari ni..?
Kita cam biasalah, lunch main tunjuk² je...Nanti malam barulah bukak langkah bersilat kat dapur...Ni Dinner semalam...Sajelahhh..ehhh..terlebih rajin pula ya sejak dua menjak ni buat nasi² ada perisa ni..Sajalah...gatai tangan siket....

kalau ikut resepi kacang dal direndam sejam..Tapi kita rendam lama..Semalaman@seharian...Pasal takut nanti tak sempat empuk bila nasi masak...

Dan masa menyediakan nasi pun main ngelat gak...terus tumis je kat rice cooker dan masak seperti biasa...Senang n jimat masa....

BAHAN-BAHAN
  • 1 ½ cawan beras
  • 6 s.k mentega
  • ½ cwn kacang dal
  • 1 ½ cwn air mendidih
  • ½ s.teh serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2.5 cm halia
  • 6 biji lada hitam

PENYEDIAANNYA
  1. Rendam beras dan dal secara berasingan selama 1 jam dan toskan.Cincang halia, bawang besar dan bawang putih.
  2. Cairkan 4 s.k mentega dan pijarkan.Tumis bawang cincang sehingga kekuningan.Masukkan halia, bawang putih, lada hitam dan goreng selama 3 min.
  3. Masukkan beras, dal, garam dan serbuk kunyit.Perlahankan api dan masak selama 5 min.Masukkan air memdidih dan masak lagi.
  4. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan 15-20 min atau sehingga nasi dan dal telah lembut dan air kering.Masukkan baki mentega.
  5. Masukkan nasi kedalam pinggan hidang dan tabur dengan bawang goreng.

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

hrmmmm rajinnya dia!!! Malam ni menu apa lak?

Sue @ Nenie said...

Salam....
Rasanya mlm ni ns putih je lahhhh..td masa gi jln² rumah Kak Aqis kat UAE tu, terberkenan pula ngan sup tauhu cendawannya...

Tapi segalanya boleh berubah ikut mood gak mlm nii...he he he..

Akak lagiii rajin...Pasal pagi² bagi family bawa bekal..Tabik kat Akak...Rasanya saya buat nak buat satu kuih pun liatttt pepagi buta tuuu..