Wednesday, February 24, 2010

Bakwan

Salam dan selamat sejahtera...Waahhhhh minggu ni kita bekpes ala² mengelilingi dunia gitu...Dah penat menikmati waffle dan kopicino panas kat belgium, kita singgah pula kat Tanah Jawa Indonesia...Nikmati Bakwan Tauge..Alaaaa kalo kita kat Msia ni kiranya cam cucur udang jugalah...Cuma bezanya kita buh air dalam adunan tapi versi Indonesia ni diorang buh santan...Sesekali cuba kelainan kan....Tapi kalau kat anak tekak kita, lebih suke Malaysia punya style lagi....Tapi yang ni pun tak kurang juga sedapnya....Ada rasa lemak² siket...

Rangup di luar, lembuttttt di dalam

Dan yang paling best guna resipi ni (Sue follow ngam² ikut sukatan), adunan ni tidak serap minyak terlalu byk semasa menggorengnya walau pun menggunakan api yang sederhana perlahan...Memang puas hati....

Apa-apa pun jommm kita intai² dulu resipinya kat sini.....

BAHAN-BAHAN
  • 100 gm Tepung gandum
  • ¼ s.teh soda penaik
  • ½ s.teh garam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ¼ s.teh lada putih serbuk
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 150 cc santan cair ( dari ¼ biji kelapa)
  • 250 gm tauge (dibersihkan) ~ Sue tak buh, gantikan ngan bawang besar secukupnya~dipotong bulat²
  • 150 gm udang (dibuang kulit dan cincang kasar-kasar)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris halus-halus)
  • 2 tangkai daun saderi (dihiris halus-halus) ~ tak buh gak, tadak stok
  • 100 gm udang (dibuang kepala dan kulit)
  • Minyak secukupnya (untuk goreng terendam)

PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk besar :- Campurkan rata-rata tepung gandum, soda penaik, garam, bawang putih dan lada putih serbuk.
  2. Masukkan telur, kacau sambil di tambah santan sehingga sebati.
  3. Masukkan tauge bawang besar, udang cincang, daun bawang & saderi.
  4. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.Masukkan senduk lauk yang cengkung ke dalam minyak panas untuk digunakan sebagai acuan.Biarkan sehingga panas dan keluarkan dari minyak.
  5. Isi adunan ke dalam senduk panas, tambah 1 atau 2 ekor udang di atasnya dan masukkan ke dalam minyak.Biarkan sebentar dan keluarkan bakwan dari senduk.
  6. Goreng terus sehingga masak dan kuning keemasan.Tuskan.

4 comments:

eB ezrin said...

adoi... terliurnyer... (",)

Sue @ Nenie said...

Cicah ngan sambal kacang besttt ni...

ain said...

oowwwhhh...ni namanya bakwan ekh!!! baru ler akak tau, selalu main buat tp tak tau apa nama.hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..
Nama Indonnya Bakwan..Nama Mesianya cucur udang..ngeh ngeh ngeh