Wednesday, February 3, 2010

Siakap Stim

Masih dalam mood malas....Jadi layan je lahhh yaaaa.....

BAHAN-BAHAN
  • Ikan siakap ( ikan merah pun boleh)
  • Halia (mayang)
  • Bawang putih (ketuk/mayang ~ mana suka)
  • Serai (hiris halus²)
  • Cili padi (potong²)
  • Sos Tiram
  • Air asam jawa
  • Jus Lemon
  • Sos ikan (optional)
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • Brokoli
  • Tauhu telur potong bulat
  • Cendawan straw
*** Atau apa² saja sayur yang jadi kesukaan

PENYEDIAANNYA
  1. Basuh ikan siakap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir...basuh bersih².
  2. Lumurkan ikan ngan sedikit garam dan sos tiram..Perap seketika.
  3. Letakkan ikan di dalam plate tahan panas dan taburkan halia, bawang, serai, Cili, Sos tiram, air asam jawa, Jus Lemon, sos ikan (jika suka) dan garam (jika perlu.)
  4. Kukus ikan selama lebih kurang 10~15 min /sehingga 3/4 masak.
  5. Taburkan cendawan straw, brokoli dan tauhu telur.
  6. Kukus lagi lebih kurang 5 min atau sehingga ikan masak....
  7. Sedia dihidang...

*** Biasa saya stim ikan ini lebih kurang 15~20 min keseluruhan (bergantung saiz)..Tidak terlalu lama nanti isi ikan hancur dan hilang rasa manis isi ikan...

10 comments:

HALAMANKU said...

Salam... Kak ninie... x aci.. baru nak mintak steam boat da kuar ikan kukus... semua syedap2 n makanan kesihatan.. x berminyak tu... nak join...

kakchik said...

mood malas pun masak tetap sedap tu.

ni first time kakchik tengok masakan menggunakan tauhu telur.

selalu juga nampak tauhu ni dijual di pasaraya tapi tak tahu orang masak macam mana. skrg dah dpt idea. trm ksh sue.

HaSue said...

uihh..sedap nih ikan kukus..lama dah rasanya x mkn..semenjak susah dpt ikan segar nih kan..ikan tuh nampak fresh jek..mancing sendirik ke nenie?hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Erma..
Apa lagiii..jommmm sekali...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Chik,
Saya dulu, jgn kata nak masak, nak mkn tauhu ni pun tak tau..
Tapi sejak kerja n selalu join dinner aspecially Chinese food (halal) baru tau makan ni...Dah jadi peberettt lah pula...
Danm kat atas ikan tu saya saja² je memandai² buhhhh....kih kih kih

Sue @ Nenie said...

Salam Hasue,
Mancing kat belakang rumah jeee..Umpan yg ada cop bank negara tu yaaaa...

ain said...

dulu akak rajin buat siakap stim ni. now ni, x de sapa2 kat umah, jadi malas pulak bab masak2.hehep

Sue @ Nenie said...

Salam kak Ain,
Ni antara peberet, jarang buat gak pasal hubby tak suke sgt mkn ikan lebih² lagi stim cam ni...
Tapi kali ni dah tak boleee tahan...nak gak makan ni, so buat jugaaaaa
He he he

openid said...

Ni lauk sihat ni kak Sue... makan banyak pun tak pe kalau gini. Tauhu telor tuh best la.. kite pernah makan kat ciken rice ke yg dia goreng ngan kicap tue? sedap la.hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan...
Tapi tak leh wat selalu kan ada orang ngajuk kan....Mula² mkn tauhu telur ni masa anual dinner kat opis lama dulu...Dan dah jadi kesukaan, tu yang main memandai jeee buh atas ikan tuuu