Tuesday, February 2, 2010

Steam Boat

Salam...Hallow...Hallow....Hallooooooowwwwwww....................

Keh keh keh....Kembali bersiaran dalam versi menjamu anak tekak mata pula setelah duk berderet² jamu aksi anak-anak Ribena aku itewwwww....Sajalah kan...Nak memeriahkan suasana.....

Oklah.....Bersiaran tapi hidangan ala-ala malas gituuuu.....Malaslah ni, main sediakan supnya ajeee, then nak makan, rebus sendiri yaaaa...Selfservice yaaaa....

Tarak piyok steam-boat, aku guna multicooker jeeee.....


Lupe nak sediakan senduk kayu, kena cedok hati² dan tak leh sentuk piyot, takut calar~tanggal coated...Tension jeee laki akuuu....


Tapi Sorryyy yaaaa, gambor yang belum terjun kolam tak sempat nak snap cantik², sibuk kejor² ngan Sara yang dok sabor² nak ngap...Pantang lepa, panjang jee tangan dia..Kalo pantas tang ke benda len takpe juga, buatnya pantas dan tuntas ke dalam sup steam boat tu, haaaa kan tak pasal² cari pasal pula.....

Straw mashroom n brokoli ni tuk Mama.....


Tak cukup dalam piyok, boleh tambah yaaaa...Pilih je yang mana nak...


Kalau buat steam-boat sendiri mesti nak ni gakkkk..Tak leh tinggal


Yang ade kaler² merah tu, Sara punya.....

Dah kenyang, macam biasa, kita intai² pula resipinya....CnP dari blog Chef Norzailina Nordin....Thanks Chef...Ada dua pilihan perasa, satu sup dan satu tom yam....Boleh pilih yang mana² suka..Versi ni Sue guna wat Tom Yam....

BAHAN-BAHAN

Sup
  • 2 Rangka ayam (dibuang lemak)
  • 4 liter air / Secukupnya
  • 2 Tangkai daun bawang
  • 1 kiub stok ayam / 3 sb stok pekat ayam

TomYam
  • 2 Rangka ayam (buang lemak dan ketuk)
  • 3 batang serai + 4 cm lengkuas diketuk
  • 10 ~ 12 tangkai cili padi ~ tak buh ni pasal Sara nak join sekaki
  • 4 cm akar daun ketumbar (dihiris) ~ tak buh gak, Hubby tak suka bau daun ketumbar merangkap akarnya
  • 2 Biji Tomato (dibelah 4)
  • Jus dari 2~3 biji limau nipis
  • 6 Helai daun limau purut
  • 4 liter air / secukupnya
  • 2 sb sos ikan (jika tiada, ganti kicap cair) ~ tak buh dua²
  • Garam & Gula secukupnya

Bahan Sampingan (ikut Selera/boleh diadjust)
  • 250 gm isi ayam bahagian dada
  • 250 gm isi ikan
  • 500 gm udang besar
  • 300 gm sotong (potong bulat)
  • 200 gm cendawan tiram
  • 200 gm cendawan butang
  • 150 gm bebola ikan
  • 150 gm bebola sotong
  • 2 keping tauhu (dibelah 9)
  • 150 gm kobis cina
  • 150 gm lobak merah (potong)
  • 200 gm Mee Hoon (direndam sehingga lembut)
  • 200 gm mee kuning

Bahan Pencicah
  • 125 ml sos cili bawang putih
  • 2 sb jus limau nipis

PENYEDIAANNYA

Untuk Sup
  1. Jerang air sehingga mendidih.Masukkan rangka ayam dan daun bawang.
  2. Bila mendidih, kecilkan api dan renih selama 1½ jam sehingga 2 jam.
  3. Masukkan bahan lain, kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk steam-boat

Untuk TomYam
  1. Jerang air sehingga mendidih.Masukkan rangka ayam, serai, lengkuas, cili padi, akar ketumbar dan tomato.
  2. Bila mendidih, kecilkan api dan renih selama 1½ jam sehingga 2 jam.
  3. Masukkan bahan lain, kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk steam-boat

Cadangan Hidangan
  1. Susun semua bahan sampingan di dalam pinggan/bekas.Bila hendak makan, masukkan ke dalam sup/tom yam dan tutup.
  2. Bila masak, bolehlah di angkat/cedok dan dimakan ngan pencicah.

NOTE NGENDENG :- Selamat menjamu yaaaa...Tuan rumah nak gi jalan² rumah kawan² yang len pula..Dah 2~3 hari tak jenguk² mereka bertanya khabar...Winduuuuuuu.......

5 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Wah...bau sedapnya...dah lama Akak tak makan steam boat ni.....hrmmmm nak semangkuk!

Sue @ Nenie said...

salam Kak...
Itu leee tak taw apa mimpinya, tetiba jeee rasa nak makan steam boat..Tapi ni versi simple jeee...

Rokiah Abdul Aziz said...

sememangnya pebret kiah steamboat ni.best kan buat sendiri boleh makan banyak and letak apa yg kita suka.pinjam aura "r" sue la nam steamboat weekend ni

Zaitun said...

Sedap tu, nak...nak...nak

Selalunya kak zai ke Restoren Nelayan Titiwangsa kalau nak makan steamboat.

openid said...

Bestnye steam boat... beratur elok je bekas2 tuh. meh kite nk beratur sekali. hehhee... steam boat kat rumah macam ni baru puas makan ni kak :)