Wednesday, March 10, 2010

Ayam Gaya Kung Po

Dinner semalam.....Masak ringkas-ringkas jeeee lantaran mengejar masa...

BAHAN-BAHAN
  • 400 gm ayam
  • 1 s.besar sos tiram
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 2 ulas bawang merah (dimayang)
  • Gajus (digoreng)
  • Cili Kering
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 cm Halia (dihiris)
  • 1 s.kecil cili boh
Bahan Sos
  • 1 s.kecil Sos Lea & Perrins
  • 1 s.kecil kicap pekat
  • 1 s.besar kicap cair
  • 1 s.besar sos cili
  • 1 s.besar sos tomato
PENYEDIAANNYA
  1. Gaul ayam bersama tepung jagung, lada putih dan sos tiram.
  2. Goreng seketika ayam bersama bawang.Kemudian angkat
  3. Goreng cili kering seketika dan angkat.
  4. Tumis bawang putih sehingga terbit bau dan masukkan halia dan cili boh.Kacau sebati.
  5. Masukkan kesemua bahan sos dan lada putih.Kacau sebati.
  6. Masukkan ayam, kacang gajus dan cili goreng.
  7. Kacau sebati dan sehingga ayam masak.Angkat dan sedia di hidang...

2 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Sue! Besnya ayam tuh! Dahlah love ni peminat ayam! hahaha ;)

Sue @ Nenie said...

Hai Love,
he he he...ayam kong pu ni tambah serbuk cili putih lagiiii kawwwww....