Tuesday, March 9, 2010

Kurma Ayam Berempah

Salam dan selamat petang, pertamanya kite nak ucap terima kasih sekali lagi kepada yang telah sudi bersinggah di sini....Didalam kesibukan tuan rumah mengejar masa, teringin pula nak share satu lagi resipi yang telah lama kita buat, tapi baru ada kesempatan nak n3 kat sini...

Dan kepada yang telah meninggalkan komen pada entry yang lalu juga kat c-box, InsyaAllah jika ada kelapangan nanti kita balas.....

Oklah...kita pun tak sempat nak berceloteh panjang ni, jommmm kita terus zoom dulu apa resipi kita kali ini......Haaaaa...Sue terus CnP resipi asal jeee....Jadi kalo guna ayam dalam kuantiti yang sedikit, bolehlah adjust mana-mana yang patut...Macam biasaaaaa......


BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam (sederhana)
  • 15 biji bawang merah (dimayang)
  • 3 biji buah tomato
  • sedikit daun pudina
  • 1 cwn minyak kelapa
  • 1 tin susu cair ~ Sue gantikan ngan santan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Sedikit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.

Digiling/tumbuk halus
  • 4 s.teh serbuk ketumbar
  • 1 s.teh jintan manis*
  • 1 s.teh jintan putih*
  • 1 s.teh lada putih* (utk memudahkan kerja, Sue gantikan kesemuanya ngan serbuk, guna separuh dari sukatan yang disyorkan)
  • 1" halia
  • 7 ulas bawang putih

PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dibersihkan dan direbus sehingga lembut.Ketepikan ~Sue tak rebus
  2. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumis bawang merah sehingga kuning baru dimasukkan rempah giling, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga mesra dengan rempah tumis. ~Abaikan step ini jika ayam direbus terlebih dahulu.
  4. Masukkan potongan tomato, daun pudina, air dan susu.
  5. Kacau dan bila mendidih masukkan ayam yang telah direbus
  6. Golek-golekkan untuk beberapa minit sehingga ayam masak.Sebaik-baiknya sehingga kuahnya pekat.
  7. Sedia di hidang.

4 comments:

kakchik said...

salam sue. kakchik singgah tengok lauk ni sambil dok makan mee goreng otak dok fikir, sedap ni kalau malam nanti makan nasi berlaukkan kurma ayam.

ain said...

bestnya kurma ayam berempah sue!! akak lama tak mkn kurma ayam.

Zaitun said...

Kalau masak ayam kurma, anak2 kak Zai suka makan dengan nasi tomato

Sue @ Nenie said...

Salam Semua,

Kak Chick,
Saya selalu wat kurma ayam ni, tapi biasa guna prencah siap...sehinggalah dapat resipi tanpa perencah ni...cubalah...sedap gak...

Kak Ain,
jom makan sama-sama

Kak Zai...
Saya biasa makan ngan nasi putih jeee....Haaa len kali boleh gak cuba ngan nasi tomato...