Monday, March 8, 2010

Tauhu Telur Masak Taucu Cendawan

Salam dan selamat pagi...Apa khbar semua...Haaaaa....ni bukan lunch ari ni tawww, tapi 2~3 hari lepas punya cerita....Baru sempat nak n3 tapi waktu ni kite tengah duk sibuk kat opissss....set awal-awal dari malam tadi....

Haaa...ginilah jadinya kita sekarang..Sudah pun menhadkan beberapa aktiviti blogging rutin kita tak lama dulu...oppppssss...dolu-dolu tu bukan curi tulang tawwww, tapi kompeni tarak project....so kita pun tarak kerja...dari pada duk layan ngantuk, kita pun curi-curilah informasi kat tenet then jeling-jeling kat rumah org jugaaaaa....

Oklah...tarak idea nak celoteh panjang-panjang....Jommm kita jengok-jengok dapur....Cedok ni dari rumah Kak Ummi....Dah lah kita memang hantu benda-benda bertauhu ni.....Ada pula alternative penyediaannya...Jadinya kita pun memang tak lepas peluang lah mencuba...Dan hasilnya memang kenalah ngan selera tekak ni...Bestttttt....

dan macam biasa CnP kat sini pula..senang nak buat rujukan....


BAHAN-BAHAN
  • 2 biji tauhu telor - potong setebal 1cm dan goreng hingga berkulit, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • 3 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 biji cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - diparut
  • 100 gm daging cincang
  • 100 gm cendawan dalam tin - cincang kasar
  • 1 1/2 sudu makan taucu manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu makan tepung sagu + 1/2 sudu makan air - dibancuh (akak letak 2 sudu air)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata sekejap.
  7. Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu telor tadi. Selamat Mencuba!!!

5 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak ninie.. syedap nampak.. kreatif tu.. blh cuba cos SK minat tang taucu2 ni..

ain said...

sedap ni sue!!! akak tengok pun dh rasa lapoooo.

Zaitun said...

Kak zai memang suka masakkan taucu apalagi ada tuahu dan cendawan.

Love2cook Malaysia said...

Hi Sue, how U doing???

Love tak pernah makan taucu! Egg Tofu sedapppppp ;)

Sue @ Nenie said...

Salam

Erma,terima kasih kat kak Ummi juga pasal perkenalkan resipi ni

Kak Ain,
cubalah....sedap tauuu, simple tula tu

Kak Zai,
tauhu dan cendawan memang kegemaran ni

Love,
saya pun jarang-jarang makn ni