Sunday, March 7, 2010

Rendang Udang Minagkabau

Salam dan selamat berhujung minggu..Adussssss..Terasa sengal-sengal pula seluruh badan ni...Aduhaiiiiii.....Nak wat camne..Udah seminggu rutin harianku betukar hampir 70%....Secara mendadak gitu...he he he...walau pun aku dah maklum dan membuat persediaan hampir sebulan yang lalu tapi menghadapinya sendiri tidak sama dari yang dibayangkan...

Namun aku tetap rasa bersyukur....Sekurang-kurangnya menjadikan aku sedikit berdisiplin....Mula-mula memang rasa susah n kekok, lama-lama nanti pasti OK....Kata orang alah bisa tegal biasa..

Dan seperti yang sedia maklum...Bulan ni aku dah start kerja kat tempat baru, envorement baru, bos baru, management baru dan segala-galanya lah baru dan asing... Dan cara kerja...Waaaa.....opis sini dah tadak tenet, no YM, no chatting, no blogging, no e-mail etc......maka jadilah aku seorang pekerja yang rajin n berdidikasi gitu....kuang kuang kuang................

Oklah...maleh nak bebel panjang, jom kita lunch sama-sama..Hari ni tadak yang istimewa, just nak perabihkan stok santan segara yang dah dibuka kotaknya...simpan lama-lama takut pula rosak, jadinya aku buat jelah rendang udang ni....


BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang besar
  • 1/2 cwn minyak masak ~ sue kurangkan, buh secukupnya saja
  • 4 s.teh serbuk cili
  • 1 1/2 santan (perahan dari 1 1/2 biji buah kelapa) ~ sue guna 1/2 kotak santan pekat saiz 200ml tu...
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun kunyit ~ tak buh, tadak stok
  • 1/2 cawan kerisik ~ sue buh 1 s.besar jeeee

Bahan-B (kisar membentuk pes)
  • 1 sb biji ketumbar*
  • 1/2 s.teh jintan putih*
  • 1/2 s.teh jintan manis* (* Sue guna serbuk, guna 1/2 sukatan jee)
  • 10 biji bawang merah ~Sue kurangkan
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 5 cm kunyit hidup
  • 5 cm lengkuas
  • 10 biji cili padi ~ Sue kurangkan.

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang sehingga bertukar warna.Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak,tinggal secukupnya saja...Tumis bahan-B dan serbuk cili sehingga berbau harum
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit.Kacau.
  4. Masukkan serai dan daun kunyit.Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan udang dan kerisik.Gaul sehingga sebati dan udang masak...Sedia di hidang...

5 comments:

ain said...

salam sue...byk company yg block benda2 yg mcm sue ckp tu. tak nak kasi staff leka, nanti kije tak siap.hehe

anyway...sedaplah udang sue tu!!!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ninie..dh tukar tpt keje ker?selamat brtugas ditpt baru yer!!trgoda tgk udang ninie yg besau2 tue....

Sue @ Nenie said...

Salam,

Kak Ain,
Betoi tu Kak..kat Transkon dulu blh jadi krisis kes bertenet kat opis ni...pasal ada yg sampai xtahu nak balancekan antara kerja dan bertenet...Saya kenal internet@blog pun sejak opis dah takde projet...sejak itu baru kenal blog...

Kak zatie,
Yup, baru pindah bulan ni...sedey jga nak tinggal opis lama pasal ketua pun baikkk sgt dan dekat pula ngan rumah..tapi mana tahan kalo setiap bulan gaji lambat, kadang-kadang separuh je masuk ac...He he he Udang biasa je tu, maybe zoom dekat nampak besar sikit..

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Sue!!! Sedapnya udang!!! terliur Love...

Aisey Sue takdpt nak jejln ke Jusco pun...hehehe ;)

Sue @ Nenie said...

Hai Love...
Ya loh..Rinduuuu sangat tempat kerja yang dulu....Tapi nak wat camne, kalau tak kerana condition kompeni yang teruk sesangat....Tak nak berhenti rasanya dari situ.....

Sedeyyyyy lohhhh.kat new opis ni tarak apa-apa..kedai makan/runcit pun jauh.....Tak bestlah.....