Thursday, March 4, 2010

Ikan Bawal Hitam Berlado ala Mat Gebu

Salam sejahtera....Emmmm..Lamanyaaaaa tak bersinggah kat sini lantaran masa yang terlalu menghambat....Jadinya ni adalah siaran tertunda semata-mata..Dan kepada sesiapa yang telah sudi bersinggah di sini, tuan rumah teramat-amatlah menghargainya namun terpalit sedikit rasa terkilan kerana tidak sempat menjengah rumah rakan-rakan yang lain namun jika ada terselit sedikit kelapangan, jgn bimbang...kita akan muncul ke sana walau tanpa sebarang jejak...boleh gituu...? (Psssstttt...dan buat HaSue, kita amat-amatlah berbesar hati nak angkut award tu balik rumah...nanti yaaaaa.....InsyaAllah, tak lama lagi kita tayang dan gantung kat sini......

Haaaaa...Cerita pasal lauk ni...aceli kita serik tak pernah makan bawal tauuuu..Ini semua kes time follow company dinner beberapa kurun yang lepas...Time tu hidangan ala chinese....Di hidang pula bawal putih stimmmm...Baunya, perhhhhh.... memang tak sabar nak ngap, tapikan...sekali rasa macam tak boleh nak lalu kat anak tekak ni haaaaa.....Tapi nak control kat table punya pasal...terkemut-kemut jugalah nak menelannya....iyalah, agak-agaklah kan, takkan nak m*****kan kat situ....kan kan kan....Sejak itulah episod kita takuttttt ngan bawal ni.....

Sampailah time kite blogwalking kat sini.....Tetiba pula kurasa teringinnnnn.....Wa ha ha ha....Bukan apa-apa tawwwwww.......

Dan sehinggalah kita bersinggah ke rumah Kak Ummi ni....Dahhhhh....Ikan merahnya ku nampak ala-ala Bawal hitamlah pulakkkkkkk......Ha ha ha..Apa lagi, maka project pun bermula....

Dan resipinya pula Kak Ummi rujuk dari sini, rumah sapa lagi kalau tak dari Jejaka Idaman seMalaya itew....Apa-apa pun terima kasih buat semua yang telah mencetus inspirasi ini samada secara langsung atau tidak dan buat Che Mat dan Kak Ummi, minta halal yaaaa CnP kat sini....


BAHAN-BAHAN
  • 5 ekor ikan keli sederhana besar (*akak tukar ikan merah) ~saya plak tukar ikan bawal hitam
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 - 3 biji limau kasturi
  • 1/4 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*
  • 6 biji cili merah*
  • 5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)


PENYEDIAANNYA

  1. Ikan keli bawal hitam dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya.
  2. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
    Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan.
  3. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  4. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata.
  5. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

Sue!!! hru??? how's new workplace???

Sedapnya ikan tuh! yummmmm!

eB ezrin said...

cedapnyer...... huaaaaaaaa

ain said...

yummyyy!!!!!

Dr. Zuhaira said...

Salam Sue & semua pembaca blog ni,

Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

Zaitun said...

Macam Kak zai juga tak suka makan ikan bawal sebab bau dia ala2 lumpur Tapi kadang2 masak juga sebab hubby nak makan.

Sue @ Nenie said...

Salam rinduuuuu buat semua..

Love,
Bz gilesssssss.....Hu hu hu Tenet tarak....no more chatting, blogger, e-mail etc....
Sedeyyyy tawwww...

Mamaaerish,
Haaaa...kalo sedap kena cepat-cepat buat ni..nanti kan ngencessss....

Kak Ain,
alamekkkkk, nak ajak join tapi udah pinish laaaaa

myfuzzworld,
he he he...

Kak Zai,
Yang dolu may be versi stim...tak leh terima dek anak tekak....tapi kalo bergoreng cam gini....wahhhhh...lepas ni boleh buat lagi lahhhhh