Wednesday, March 17, 2010

Kek Pelangi

Lately ni jalan-jalan jeee, jamu mata ngan kek ni..asyik-asyik kena jamu mata jeeee mana boleh tahan.....Jadi sebab dan ngencessss pasal asyik duk jamu mata jeeeee, kali ni aku pun merajinkan diri untuk menjamu anak tekak aku pula....

Tapi betul cakaplah......Kek ni memang best, bak kata Ika amat sesuai bagi penggemar kek ala-ala kek butter yang lembut lembap gituuuuu.......

Apa-apa pun ucapan terima kasih buat Chef Noraini yang sudi berkongsi resipi ni, Kak Zai yang telah memanjangkannya , Ika yang telah berjaya menyeru-nyeru@memancing kita untuk mencuba pula kek ini melalui blognya dan semua-semualah yang menayangnya@mempromo resipi ni.....
Memang sedappppp...lembutttt...Lembap.....gebusssssssss


Apa tunggu lagi, jommmmm kita intai-intai bahan-bahannya kat sini pula...Minta halal yaaaaa kepada semua yang terlibat samada secara langsung/tidak.....

BAHAN-BAHAN
  • 250g mentega
  • 220g tpg kek *
  • 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu
    1 s/k esen vanila
    sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

PENYEDIAANNYA
  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam.

Saja gatal tangan tabur walnut kat atas tuuuuuu


Tapau untuk Sara ke rumah pengasuh...Mama dan Papa main buh dalam plastik jeeee...senang dah abis isinya, plastik masuk tong......Ringannnnnn beg.....

3 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Whoa Sue, cantiknya kek U nih! Memang bagus U baked it! Love tak reti langsung! hahaha! :)

Bak 4 pieces! ^___^

hasni said...

wah napak mcm kek biasa
sekali bila dah potong
mabeles cntik!
rs pon mcm sdp je
nnt ada ms nk cubala
tp skrg
bz laaaa
xleh membaking sangt

Sue @ Nenie said...

Hai Love,
I pun tak pandai sangat baking membaking ni...sebelum ni selalu gak terkantaoi....tapi kali ni nasib baik siket..he he he...sukeeeee...

Salam Hasni,
ta peee..nanti ada masa bolehlah cuba lagi....sedap tawwwww.....tak rugi cuba resipi ni...