Monday, March 22, 2010

Telur Gaya Maharani

Sesekali bagi variasi siket kat egg scrable....Memang best, main ratah jeeee....Agaknya kalo tabur gajus panggang, boleh buat lupa dunia jap ni.....

Masakan yang simple jeee tapi susah betul nak stop ni sampailah pinggan dah licin....kih kih kih....

BAHAN-BAHAN

Telur Hancur
  • 4 bii telur
  • 1 sb mentega
  • 10 gm daun bawang (dihiris) ~ tak buh, tadak stok
  • 1 tangkai cili merah (Dihiris) ~tak buh, tadak stok
  • 1 sb air
  • Garam dan lada putih serbuk secukupnya

Sampingan
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • 20 gm ikan bilis ~ Sue goreng terlebih dahulu
  • 2 biji kentang (dihiris nipis)
  • 1 sb serbuk kunyit ~ tak buh
  • 1 tangkai cili merah ~ tak buh, tadak stok
  • 30 gm bawang goreng
  • Garam, gula dan lada putih serbuk secukupnya
  • 2 sb minyak masak
  • 10 gm daun bawang (dihiris) ~ tadak stok

PENYEDIAANNYA
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan daun bawang, cili merah, air, garam dan lada putih
  2. Pukul sebati dan goreng menggunakan mentega dan kacau sehingga telur masak.
  3. Angkat dan ketepikan.

  1. Gaulkan ubi kentang bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak.Angkat dantoskan minyaknya
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing dan masukkan ikan bilis dan serbuk kunyit.
  3. Kemudin masukkan ubi kentang yang digoreng, cili merah dan telur tadi.
  4. Masukkan garam, gula dan lada putih serbuk secukup rasa.
  5. Akhirnya masukkan daun bawang dan bawang goreng.Gaul sebati dan sedia dihidang.

4 comments:

fuzidss said...

sempoi bebbbb

openid said...

Wah patut la gaya maharani..dia punye sampingan tuh yang tak tahan tue... huhu
Ijan

hasni said...

tot gaya 'maharani' tu credit kepada tuan punya resepi
rupanya sbb banyak bahan ek??

Sue @ Nenie said...

Salam,

Fuzidss,
sesekali jimatkan masa masak

Ijan,
keh keh keh...sedap, rangup rangup bhn sampingannya..oopppppssss...ada yang kena pantang telur ya...

Hasni,
Ada masabolehlah cuba, simple jeeee.....