Sunday, April 4, 2010

Tom Yam Udang

Salam..Tadaaaa.....Kembali tumbul setelah beberapa hari tenggelam....Bukan apa 2~3 hari ni broadband lembab siket, sejak hujan petang 2~3 hari ni...Saya pun tak taw apa kaitan hujan ngan signal broadband celcom ni, tapi yang pasti dan saya perasan, setiap kali hujan jeee signal moderm saya pasti bertukar dari biru cerah kepada ijo...Emmmm...kalo dah kaler ijo tu...paham paham jelah...Lebih baik off je tenet tuuu...pasal nak tunggu pun tak guna...Lambatnya...penat nak nunggu oiiiiiii.....

Oklah, hari ni jamu mata ngan lauk ringkas dan mudah ni jelah...Tapi ringkas ringkas pun perencahnya dari jauh tawwww.....Jangan main-main....

Memang sedap.....Memang wangi....Memang mudah kojo den.....

BAHAN-BAHAN
  • Bawang merah (Hiris)
  • Halia (Hiris)
  • Cili Padi (ketuk)
  • Serai (Ketuk)
  • Daun limau purut (koyak-koyakkan)
  • Asam gelugur (optional~jika mahu lebih masam)
  • Pes perencah tom yam
  • kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Tulang ayam (optional)
  • Udang secukupnya
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Sayur yang sesuai/ikut kesukaan (carrot, pucuk jagung, cendawan butang/tiram etc)

Guna paste ni..sedapppppp......

PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.Masukkan tulang ayam, bawang, serai, halia, asam gelugur dan cili padi....Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan pes tom yam.Didihkan sehingga kuahnya menjadi 3/4 dari asal.
  3. Masukkan sayur yang sepatutnya.Rasakan masin, manis dan masamnya.
  4. Masukkan udang.Kacau seketika sehingga udang berubah warna/masak.Tutup api dan sedia di hidang...
Pemberian jauhhhhh disuatu pertemuan....Thanksssssss.

3 comments:

hasni said...

MANA DAPAT NI?
mcm sdp sngt je ni kak
huhu

Sue @ Nenie said...

Salam Hasni....ooopppssss....buah tangan dari sorang rakan maya pada pertemuan pertama kami tak lama dolu...

Anonymous said...

Wah ni baru ori dari bangkok ni kak sue. Tak payah pegi restoran thai lagi lah lepas ni :)
Ijan