Tuesday, June 29, 2010

Terung Berlado

Salam...Adusssss.....Nak patah pinggang ni duk vacumm 'rumah' yang dah seinci habuknya ni....Dah tu siap mop-mop lagi, kasi berkilau siket....

Biasalah duk bz sana sini sampai tak sempat pula nak bersinggah sini...Apa lagi nak gi mengetuk rumah rakan-rakan yang lain...Rasa macam dah semakin menjauhhhh je sekarang ni, tapi apakan daya, keadaan sangat-sangattttt lah tidak mengizinkan.

Apa-apa pun dah penat mengemop dan mengemas rumah, perut pula berkeroncong, jadinya kita masak ringkas-ringkas jelah dulu...buat membuka selera...Makan ngan nasi putih panas-panas ni memang terangkatlah.....Psstttt...tang bilis yang terlebih tu, pasal tuan rumah yang berlebih-lebih tu nak meratah...Sedappppp.......Kasi garing-garing siket...krup krap krup krap.....



BAHAN-BAHANNYA
  • 3 biji terung
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji tomato
  • Garam & Gula secukupnya
  • 2 helai daun salam ~ Sue tak buh, tak kenal pun camne rupenya daun salam
  • 1 cm lengkuag ~ Tak buh jugeee
  • 2 sudu besar ikan bilis halus (digoreng)

PENYEDIAANNYA
  1. Potong terung ikut suka dan goreng sehingga masak.Angkat dan toskan.
  2. Kisar kasar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan (2), tambah daun salam dan lengkuas.
  4. Tumis sehingga agak-agak garing kemudian baru masukkan terung.Kacau sebati.
  5. Taburkan bilis goreng diatasnya, kacau rata....Jika bilisnya dah cukup memberi rasa masin, abaikan garam.Tapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam dan gula.
  6. Sedia di hidang...

1 comment:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Sue, aisey penat ker dear??? Love mmg tak brp suke terung, tp lately suka plak! hehehe :)

U take care ya! :D