Tuesday, June 8, 2010

Gulai Lemak Udang Bersama Nenas

Makan ngan nasi putih panas-panas memang syiokkkk abisssss

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang air tawar/biasa
  • 80 ml minyak sayur
  • 800 ml santan pekat
  • 4 sb gula melaka
  • 1/2 biji nenas (dibuang empulur dan potong dadu)
  • Daun Selasih ~ Sue tak buh
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Garam & Gula secukupnya
Bahan Blend
  • 8 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 cm kunyit hidup
  • 4 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 helai daun ketumbar (ambil akarnya sahaja)
  • 1 s.teh belacan
  • 2 s.teh serbuk ketumbar
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang telah dikisar perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  2. Masukan santan, gula melaka dan didihkan selama 5 min bersama nenas
  3. Masukkan udang, daun selasih, jus limau, garam dan gula secukup rasa.Masak lagi selama 5 mn.

4 comments:

HALAMANKU said...

Salam K.ninie.. salam indu.. lama x lepak umah akak.. syedapnyer tgk lemak udang nenas tu.. pure tu...

hasni said...

hai akak
lama tak masuk sini
makanannya masih enak macam dl ya:-)

E-na Zarina said...

salam nenie...
sedapnya udang tu!
sihat ke?

obat mata herbal said...

mksih y gan..