Friday, October 29, 2010

Ayam Pandan

Salam...Tadaaaa..Ni satu lagi resii yang dah berulang-ulang-ulang-ulang kali buat tanpa jemu-jemu...Sejak dapat dan cuba resipi ayam pandan ni, terus sangkut.Bila tekak tingin je nak makan ayam pandan resipi ni jualahhhh yang nak di refer....Mana lagi dapat resipi ni kalau bukan dari Kak Iza kita yang jauhhhh nundi utara sana.....

Apa-apa pun sebelum layan resipi ni, nak juga uap berbanyak terima kasih buat tuan nye resipi kerana sudi berkongsi resipi mabelesssss ni...Jommm kita intai-ntai resipinya pulaa....

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

No comments: