Sunday, November 14, 2010

Apam Pelangi

Salam pagi minggu...Semalam dalam duk boring-boring berblogwalkinglah kat rumah kengkawan...Emmmm...camnilah sekarang hanya mampu berblogwalking tanpa tinggal jejak lagi..Sedeyyyy juga pasal kekadang tak sempat nak bertegur sapa, bertanya khabar....

Sungguh gebussss dan bersponge....

Dalam jalan-jalan tu, tetiba singgah jap kat rumah Mek Siam kita tu yang jauhhhhh nunnnn di Bangkok sana...Dahhhh, sudah terberkenan pula ngan apam pelangi kat sana...Apa lagi project pun bermula..Lagi pun bahan-bahan pun simple/basic jeee...ada dalam stoklah kata orang....Bolehlah buat sarapannpagi ni...

Haaaaa...cam biasalah, dah siap baking, posing-mosing then simpan pula resipinya kat sini..Thanks ya Ika memanjangkan resipinya kat sinunnnnnn......

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

PENYEDIAANNYA

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Adunan yang siap disudu-sudukan kat dalam loyang dan sedia untuk dikukus


Sebelum tu, tutup dulu loyang ngan aluminium foil untuk elakkan air menitis kat atas apam semasa proses mengukus...Alternative lain boleh balut tutup kukusan ngan kain untuk elakkan wap kukusan menitis kat atas apam/kek yang dikukus


Taddaaaaa.....Dah siap...Sedia untuk Dipotong dan ngappppp ngan nescafee fanazzzzzzz.....

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak nenie!!! alaaaaaa..pelangi dia ada kalerrr pepel! pepel ke biru eak? hihihi.... kita lg suke kalau mkn apam tak kiralah apam tu mmg asal vogel jer ke mesti nak ada kelapa parut! sedapmnyerrrrr! sini pyh nk jumpa kelapa parut mengikut piawaian yg dikenhendaki huhuhu.. sbb dia org guna mesin abis sume yg itam2 termasuk sekali huh!

aeinio said...

mmg sedap apam pelangi nih dah 2 kali membuatnya... cantik pon cantik.. kan..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Ika kaler pepel tu...cara melapis orang malas, ada tebal ada nipis, janji siap cepat..kih kih kih

aeinio, yup...memang puas atilah...pekena lagi ngan kopi panas...nostalgianyaaaaa