Tuesday, November 2, 2010

Asam Pedas Melaka

Kalau nak masak asam pedas selalu admire resipi ni...Walaupun bahannnya agak berderet tapi memang besttttt....

Thanks Kak Junjs11 sebab sudi share resipinya kat Myresipi

BAHAN-BAHAN
  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

* Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
* Bahan tumis:-
  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari

PENYEDIAANNYA

  1. Panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Dik Sue...ada ikan pari tu...kalau buat asam pedas...tak kiralah negeri mana punya resepi...makan nasi panas2 sedap kan!....apa jer nampak kat blog semua nak ...hehehe....boley join tak!

mamaaerish@eb said...

sgt sdp.... sukerrrr la.... ;p