Sunday, November 21, 2010

Ayam Masak Manis Mak Jah

Resipi refer kat majalah Rasa Mei 2010..Tapi rasa lauk ni taklah manis yaaaa...May be tuan punya resipi ni (Chef Zaidah) buh nama manis unuk menunjukkan betapa manisnya menikmati hasil air tangan ibunya, Mak Jah

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 2 sb rempah kari ayam
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2.5 cm lengkuag (dititik)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji kentang
  • 2 sk air
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • 6 biji buah keras
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sk belacan

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar, jintan manis, jintan putih, serai dan lengkuas sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis lagi seketika.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Kemudian masukkan santan, kentang, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
  5. Biarkan sehingga ayam dan kentang empuk.Pastikan kuahnya tidah terlalu pekat/cair.
  6. Hidangkan bersama nasi, roti atau nasi himpit.

No comments: