Saturday, November 20, 2010

Egg Tofu & Eggplant

Dah Lama tak masak ni...Masa tengah duk belek-belek himpunan resipi dari MYR yang diprint tak lama dulu tetiba pula terpandang resipi ni...Dulu-dulu ni antara yang jadi kegemaran gak.Sumber asal dari cahayer

BAHAN-BAHAN
  • 2 tiub egg tofu
  • 2 biji Terung bulat
  • 2 ketul isi ayam bahagian dada - hiris sebesar ibu jari (perap dgn sedikit sos tiram, sos ikan atau myk bijan, lada hitam kasar)
  • 1 inci halia muda - hiris halus memanjang
  • 1/2 Capsicum merah - ptg suke ati, panjang2 lah lawa.
  • 1 pokok Spring onion - ptg seinci2
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sk Sos ikan atau minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung (dah campur air)
  • 1 sb Lada hitam - ditumbuk kasar
  • Minyak untuk menumis.
  • Garam secukupnya - masakan cina biase terlalu byk sos kene masuk, light sos lah, dark soslah, plum sos lah, kita pakai ape yg ade jek. Nak lebih pedas, cili padi lebihkan.
Bahan cincang
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • 5 tangkai cili padi

PENYEDIAANNYA
  1. Goreng Egg tofu sehingga perang keemasan, hati2 sbb senang pecah ketika potong
  2. Terung bulat potong dua dan ptg jadi separuh bulat digoreng jgn sampai lebik
  3. Isi ayam yg telah perap, goreng separuh masak.
  4. Panaskan 3 sudu minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia.
  5. Sesudah naik bau, masukkan 1 cawan stok ayam.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan sos tiram dan sos ikan.Sebatikan.
  7. Masukkan ayam dan terung, gaul sekejap.
  8. Masukkan capsicum, egg tofu, lada hitam, spring onion.
  9. Pekatkan kuah dgn 1 sudu air tepung jagung.
  10. Kalau tawar masukkan skit garam, tapi biasenya stok ayam, dan sos dlm tu dah masin.
  11. Siap, boleh lah dihidangkan, makan dgn nasi panas.

2 comments:

moklong said...

klu tunjuk kat hubby ni mesti dia suka... hahaha... nnt dinda masakkn utk kanda ku.... nmpk sodap nih... senang plk tu.

Sue @ Nenie said...

Salam.. MokLong..Kat piawaian saya menang bestttt...Lagi-lagi Egg Tofu memang kegemaran..

Haaaa...apa lagi, ada masa nanti cubalah...