Monday, November 22, 2010

Bubur Jagung

Antara jenis-jenis bubur@pengat yang menjadi kegemaran

BAHAN-BAHAN
  • 4 tongkol jagung manis (Boleh gak di ganti ngan setin jagung kernel)
  • 1 senduk kecil gula (boleh adjust ikut kemanisan yang disukai)
  • 100 ml santan pekat
  • Daun Pandan
  • 2 sb sagu biji (Jika suka) ~ Direndam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

PENYEDIAANNYA
  1. Jagung dibasuh dan potong isi.(Jika guna jagung tin, tuskan airnya)
  2. Didalam periuk, masukkan isi jagung, air dan daun pandan.Rebus sehingga isi jagung masak/empuk.
  3. Masukkan sagu biji dan masak sehingga sagu jernih.Keluarkan daun pandan.
  4. Masukkan santan, garam dan gula.
  5. Kacau sehingga mendidih dan rasa manisnya.
  6. Sedia di hidang.
Kalau kat Terengganu ....

**Kitorang buh telur tapi skip sagu biji...Caranya - Setelah kesemua siap, Pecahkan telur di dalam mangkuk, kacau sedikit kasi bercampur putih dan kuningnya..Kemudian cedokkan sedikit kuah bubur ke dalam mangkuk tadi, Kacau sehingga telur nampak berurat..Kemudian masukkan ke dalam kuah bubur dan kacau sebati.Tutup api dan sedia dihidang.

*** Begitu juga ngan bahan pemanisnya, selain gula, kitorang juga tambahkan nisan di dalam bubur ni...Rasanya...Emmmmm memang best

No comments: