Monday, November 8, 2010

Kek Gula Hangus

Percubaan kali kedua guna resipi ni....Percubaan pertama punya, tak tau jadi sarang apa....kih kih kih....Apa-apa pun tetap gak nak berterima kasih kat Kak Ayu@Singapore sebab sudi share resipi kek best ini.....

Untuk resipi asal boleh rujuk sini..Pasal versi sini dah ubah siket sukatannya....

BAHAN-BAHAN

**Karamel

  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega

**Kek

  • 4 biji telur (Diasingkan putih dan kuning)
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh vanilla essence


PENYEDIAANNYA

**Karamel

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop.
  3. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan

**Kek

  1. Pukul putih telur sehingga kental.
  2. Pukul kuning telur sampai kembang.
  3. Campukan (1) dan (2) dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat
  4. Tuangkan susu pekat secara perlahan dan bertali and mix lagi sehingga adunan benar-benar sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam blender dan tekan ON.Masukkan esen vanila.
  6. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.. Tekan On lagi.
  7. Last baru masukkan gula hangus tadi secara perlahan-lahan. Tekan On lagi.
  8. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik.
  9. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter. Gunakan loyang 5" kalau nak kek yang tinggi.(Sue guna Loyang 6").
  10. Tutup dengan aluminium foil dan bakar dengan suhu 160C selama 60 minit.(Sue guna suhu 150C) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 5-10 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.
Kek ku yang buruk rupa....Waaaaaa...kenapa dia naik membusung kat tengah-tengah cam gituuuuuuuuu....???????


Sib baik isinya still lembutttt...Cuma itulah..presentationnya sebelum potong tuuu...malu nak ngaku itewww kek aku...hu hu hu hu...Sedeyyyyyy

No comments: