Tuesday, November 9, 2010

Kerabu Salom

BAHAN-BAHAN
  • * 1 labu bawang besar / 3 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 inch cekur
  • * sedikit belacan (dibakar sekejap)
  • * 6 biji cili padi (boleh + jika mahu pedas)
  • * sedikit bilis
  • 100 gram kelapa parut
  • secubit garam/gula
  • seikat daun salom

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan kesemua bahan * dan diblend kering / tumbuk lumat
  2. Masukkan no.1 kedalam kelapa parut dan digaul rata.Perasakan ngan secubit garam dan gula
  3. Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga semua sebati n kelapa agak kering.Kacau slalu untuk mengelakkan sambal menjadi hangit.
  4. Sambal kelapa yang siap, boleh diisi ke dalam bekas.Ketepikan.
  5. Potong daun salom.Masukkan sambal yang telah siap tadi.gaul sebati dan sedia dihidang bersama nasi putih n lauk pauk yang lain.

2 comments:

Ina said...

sodap nih. ms kje seblm ni selalu mkn kat abg payung. hehehe...

Sue @ Nenie said...

Wahhhh MakLong..Siap ada orang payungkan yaaa sambil menikmati kerabu salommm.....

Opppssss....kih kih kih