Sunday, November 7, 2010

Lala Masak Lemak Pedas

Dah Lama tak makan lauk bercengkerang ni...Sesekali lepas gian....dan ubah menu siketttt....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Lala
  • 1 cawan santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • garam & gula secukupnya
Bahan kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 cm kunyit hidup
  • 7 tangkai cili padi

PENYEDIAANNYA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun limau purut, serai dan lala.Kacau seketika.
  3. Seterusnya masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
  4. Sedia untuk dihidang

2 comments:

moklong said...

suka sgt lala. fav ina. mntk sket ya tuan rmh.

Sue @ Nenie said...

Samalah kiteeeeee...Apa lagi..meh tadah pinggan sini...Nasi jgn lupa bawa sendiri yaaaaaa..kih kih kih