Monday, December 27, 2010

Kek Coklat Kukus

Salam....Ha ha ha cian korang yaaa dah kebas-kebas lidah duk hadap water cheasnut itewwwww...Oklah, kita jamu selera ngan Kek Coklat yang sungguh moist ni mula..Dah lama duk belek-belek kat buku resipi Kak Hanieliza kita tapi time tu belum tergerak hati nak mencubanya..Tapi adalah satu hari nan ceria tu, bila berlintas ke rumah kak Ummi @ Kuantan sana nunnnn tetiba pula hati jadi teruja ingin mencubanya..

Emmmm...memang moist dan sokong kata-kata Kak ummi..Memang senang jeee nak buatnya..Main sukat-sukat then kacau, tuang dan kukus...Nah..Hasilnya memang berbaloilah...Tapi, cam biasa, kita kat sini tak wat topping..Main makan bodo-bodo cam gitu jeeeee....Aci yeeekkkkk....????..Keh keh keh..



BAHAN-BAHAN
Bahan A:-
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan mentega cair (Kerja orang malas, ganti ngan minyak sayur jeeee)
  • 2 cawan gula perang (Sue buh 1 cawan jeeee)
Bahan B:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C (dikacau rata):-
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Krim Coklat (Ganache):- (Sue Tak Wat..)
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega

PENYEDIAANNYA

Cara Membuat Kek:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
  3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
  4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
  5. Lapik loyang dengan kertas baking (*akak guna loyang bulat 7 in) dan tuangkan adunan.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek)
  7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.
Cara Membuat Krim Coklat:-
  1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
  4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

No comments: