Wednesday, December 15, 2010

Sambal Ayam Berkacang

Resipi dari buku resipi Pak Engku, Santapan Lauk Pauk Tradisi...Sesekali kalau nak ubah selera boleh gak cuba ni...

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sb puri tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb gula melaka (boleh adjust ikut citarasa)
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 1 tangkai cili merah (potong 2)
  • 1 tangkai cili hijau (potong 2)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 1 sb kacang tanah (sangrai)
  • 100 ml santan
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 7 tangkai cili kering (direndam dalam air panas sehingga lembut dan toskan)
Bahan Penumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
PENYEDIAANNYA
  1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar sehingga terbit bau/pecah minyak
  3. Masukkan puri tomato, sos cili dan santan.Kacau sebati
  4. Perasakan dengan garam dan gula melaka.Apabila sudah mendidih dan sedikit pekat kuahnya, masukkan ayam, hirisan bawang besar, cili merah & hijau dan tomato.
  5. Akhirnya taburkan kacang tanah.Kacau sebati dan sedia dihidang...

No comments: