Friday, January 14, 2011

Apam Gula Hangus

Salam Hari Jumaat..Ehemmmm...Jangan cuba-cuba nak 'ngecek' yaaaaa pasal dah hampir seminggu berlalu pun tuan rumah ngap apam gula hangus yang lembut dan gebussss ni....

Sebenarnya dah lama simpan resipi ni...tapi macam tak berapa kompiden nak wat pasal main bancuh-bancuh jeeee..Almaklumlah, asalnya Sue dulu memang langsung tak tahu membaking..Bakar kek, kekku jadi bingka, kukus apam, apamku padat semacammm je, cuba muffin pula, kucing tengok pun awal-awal lagi dia lari takut tembus badannya kena baling...Ha ha ha..Bak kata orang, abislah 2~3 kilo tepung masuk karung hitam...Tapi tak pernah putus asa, cuba lagi~cuba lagi~cuba lagi dan cuba lagi tanpa putus asa...Memang buat muka tak malulah tanya tips sana sini dan alhamdulillah atas tunjuk ajar dan pandangan insan-insan yang berhati mulia, sekarang bolehlah siket-siket membaking..

Dan sebenarnya Sue amat berhutang budi@ilmu ngan Akak-akak dan Adik-Adik kat MYR sana yang tidak lokek ilmu dan sudi share tip-tip memasak...Antara mereka yang membimbing secara langsung(melalui forum/komen kat MYR) atau tidak(yang diambil dari tip-tips yang disampaikan kat blog masing-masing) ialah Kak Nor, Diana, natto@Ika, CMG, Kak LilydVally dan ramai lagilah..(Jangan kecik ati yaaaa kepada yang tidak tersebut kat sini kerana budimu tetap dikenang)

Oklah..Berbalik pada apam tadi....Adalah satu pagi tu, dalam duk berkira-kira nak wat sarapan apa untuk budak-budak ni dan kalau boleh naklah cari yang simple~senang tapi lari dari cekodok dan roti goreng telur seperti kebiasaannya...Dalam duk belek-belek koleksi resipi yang pernah diprint terpandanglah resipi ni..Emmmm..tang tang tu juga tergerak hati..Maka apa lagi, eksperimen pun bermulalahhhhh..Alhamdullillahhhh..Hasilnya sungguh memberangsangkan..

Haaaa..Apa lagi, jomlah kita intai resipinya yang telah Sue kopipes dari dapur Kak Junjs MYR sana..akak..Minta halal yaaaaa.....

BAHAN-BAHAN
  • 150gm gula dan 100 ml air-dibuat gula hangus
  • 70gm butter-cairkan
  • 75gm susu cair
  • 1 biji telur dipukul
  • 150gm tepung
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam
  • 75gm gula ~ Sue skip ni

PENYEDIAANNYA

  1. Masukkan butter, susu cair dan telur kedalam gula hangus.
  2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan kedalam loyang yg dialas kertas dan di gris. Kukus selama 30min atau lebih.

2 comments:

Unknown said...

lawa dah tu sure sedap ni...tak pe sue, kalau x menjadi nanti boleh cuba lagi kan...saya pun baru jer belajar2 msk ni...bknnya pandai sgt..sama2 lah kita berkongsi yer..:)

Sue @ Nenie said...

Salam..emmm...sekarang bolehlah siket-siket tuk makan sendiri...yalakan..sama-sama kita kongsi ilmu kat sini