Sebenarnya dah lama simpan resipi ni...tapi macam tak berapa kompiden nak wat pasal main bancuh-bancuh jeeee..Almaklumlah, asalnya Sue dulu memang langsung tak tahu membaking..Bakar kek, kekku jadi bingka, kukus apam, apamku padat semacammm je, cuba muffin pula, kucing tengok pun awal-awal lagi dia lari takut tembus badannya kena baling...Ha ha ha..Bak kata orang, abislah 2~3 kilo tepung masuk karung hitam...Tapi tak pernah putus asa, cuba lagi~cuba lagi~cuba lagi dan cuba lagi tanpa putus asa...Memang buat muka tak malulah tanya tips sana sini dan alhamdulillah atas tunjuk ajar dan pandangan insan-insan yang berhati mulia, sekarang bolehlah siket-siket membaking..
Dan sebenarnya Sue amat berhutang budi@ilmu ngan Akak-akak dan Adik-Adik kat MYR sana yang tidak lokek ilmu dan sudi share tip-tip memasak...Antara mereka yang membimbing secara langsung(melalui forum/komen kat MYR) atau tidak(yang diambil dari tip-tips yang disampaikan kat blog masing-masing) ialah Kak Nor, Diana, natto@Ika, CMG, Kak LilydVally dan ramai lagilah..(Jangan kecik ati yaaaa kepada yang tidak tersebut kat sini kerana budimu tetap dikenang)
Oklah..Berbalik pada apam tadi....Adalah satu pagi tu, dalam duk berkira-kira nak wat sarapan apa untuk budak-budak ni dan kalau boleh naklah cari yang simple~senang tapi lari dari
Haaaa..Apa lagi, jomlah kita intai resipinya yang telah Sue kopipes dari dapur Kak Junjs MYR sana..akak..Minta halal yaaaaa.....
BAHAN-BAHAN
- 150gm gula dan 100 ml air-dibuat gula hangus
- 70gm butter-cairkan
- 75gm susu cair
- 1 biji telur dipukul
- 150gm tepung
- 1 sudu teh baking soda
- secubit garam
75gm gula~ Sue skip ni
PENYEDIAANNYA
- Masukkan butter, susu cair dan telur kedalam gula hangus.
- Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
- Masukkan kedalam loyang yg dialas kertas dan di gris. Kukus selama 30min atau lebih.
2 comments:
lawa dah tu sure sedap ni...tak pe sue, kalau x menjadi nanti boleh cuba lagi kan...saya pun baru jer belajar2 msk ni...bknnya pandai sgt..sama2 lah kita berkongsi yer..:)
Salam..emmm...sekarang bolehlah siket-siket tuk makan sendiri...yalakan..sama-sama kita kongsi ilmu kat sini
Post a Comment