Tuesday, January 25, 2011

Bawal Hitam Masak Percik

Alkisahnya, di dalam peti hikmat seorang Mama, adalah seekor ikan dok tergolek-golek minta diusahakan....Hendak dijelmakan dalam bentuk 3 rasa/masam manis, rasanya dah boring dah anak tekak insan itu nak menelannya...Lantas sambil berbaring-baring dan membelek-belek koleksi resipi yang ada....Tetiba terpandanglah akan resipi Percik ini...

Adapun menurut resipi asalnya, ikan tersebut mestilah dipanggang bersama kuah perciknya untuk lebih membangkitkan aromanya, namun atas dasar kasihnya terhadap anak-anaknya, maka Mama pun terpaksa menukar arah daripada memanggang kepada menggoreng sahaja ikan tersebut....Maka yang demikian, bolehlah ikan itu nanti dibahagia dua..Satu bahagian dipercikkan dan satu bahagian lagi di biarkan saja plain untuk dibuat santapan anakanda tercinta....

Keh keh keh..Berlipur lara pula...Haaa resipi asalnya dicedok dari buku masakan 1 Hari 1 Resipi air tangan Chef Hanieliza....Tapi seperti yang diperkata, ia telah Sue olah sedikit cara penyediaannya supaya anak-anak dapat serta merasai manisnya isi bawal ikan ni...Pasal Sara, pantang nampak ada lada sikit, mesti dia tak mau makan...Jadi penyediaan resipi kat bawah ni adalah ikut cara Sue yaaaaaa....

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan bawal hitam
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pes asam jawa
  • 1 sk halba
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inch halia
  • 3 batang serai
PENYEDIAANNYA
  1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.Goreng sehingga garing dan ketepikan.
  2. Masak kesemua bahan kecuali ikan goreng tadi sehingga pecah minyak dan pekat.
  3. Masukkan ikan ke dalam (2) dan kacau sehingga kuah menyaluti ikan.
  4. Sedia dihidang.
Disebabkan Bawal Hitam ni agak besar, jadi boleh potong 2 bahagian dan dijadikan 2 perasa..1 plain dan 1 lagi percik...

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Sue...
Sedap Nampaknya Bawal Hitam Masak Percik...Lapar Perut Kak Lin...

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam Kak Lyn..
Emmm..kalo bakar mesti lagi lagi bangkit rasanya...