Monday, January 24, 2011

Puding Mangga

Salam...Emmmm...Dalam 2~3 hari ni tetiba pula tekak ni tingin nak makan sesuatu yang sejuk dan dingin....Dan kebetulan pula ada mangga yang masak ranum kat dalam freeze tu....Apa pagi, project pun bermulalah......

BAHAN-BAHAN
  • 500ml air
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm gula
  • Nata de Coco ~Untuk hiasan
  • Sedikit pewarna & esen mangga jika perlu...
Bahan Kisar
  • 1 biji/250 gm isi mangga masak
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 100 ml whipping cream ~optional

PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula..Didihkan sehingga kesemuanya larut.
  2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan kisar ke dalam blender, blend sehingga sebati.
  3. Setelah (1) larut keseluruhannya, kecilkan api, masukkan (2) sambil dikacau sentiasa sehingga mendidih kembali.
  4. Tutup api dan teruskan mengacau beberapa ketika.
  5. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan taburkan Nata De Coco ke dalamnya..Biarkan sejuk kemuadian bolehkan dimasukkan ke dalam freeze untuk didinginkan....
Mangga yang Sue gunakan ini cukup masak dan manisnya, jadi tak perlu masukkan pewarna dan esen mangga lagi...

2 comments:

Nieza said...

wah sedapnya puding ni....nampak pun cantik dan menarik saya memang suka mkn puding-puding ni nanti boleh cuba ni..:)

Sue @ Nenie said...

Salam Akak..
Emmmm kalo kat Mesia sekarang cuaca agak panas, memang sedap dapat ngap niiii