Sunday, January 23, 2011

Tumis Bak Choi & Egg Tofu

Salam...Haaaa..macam jarangggg je ada sayur kat sini kannn...?Bukan tak makan sayur tawww tapi biasanya wat sayur kacau goreng jeeee..Itewww yang malas nak posing mauttt tu...

Cuma kali ni thah mimpi apa, nak pula kongsi satu lagi alternative menyediakan egg tofuuu...Sedap gak gandingkan ngan Bak choi dan cendawan shitakee ni....Jommm hari ni kita layan yang ringkas-ringkas jeeee

BAHAN-BAHAN
  • 1~2 pokok Bak Choi (Dibersihkan dan asingkan daun dan batangnya)
  • 3~4 tangkai cendawan shitakee (Rendam hingga lembut dan potong slice)
  • 1 tiup egg tofoo (Dipotong dan goreng)
  • Soo Hoon secukupnya (Rendam sehingga lembut)
  • 1 sm sos tiram
  • Air secukupnya ~Jika mahu sedikit berkuah
  • Garam secukupnya
Bahan Tumis~Hiris/mayang
  • 2 labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi (boleh tambah/kurang ikut kepedasan disukai)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan cendawan shitake dan batang Bak Choi..Kacau goreng sehingga sebati.
  3. Masukkan sedikit air, soo hoon dan sos tiram.Kacau lagi.Perasakan ngan garam secukupnya.
  4. Masukkan daun Bak Choi dan egg tofuu.Kacau hati-hati supaya egg tofuu tak pecah/hancur.
  5. Bila daun Bak Choi agak layu, tutup api dan sedia dihidang...

No comments: