Saturday, January 22, 2011

Cream Cheese Waffle

Sarapan Minggu lepasss, sebaik berblogwalking kat blog Noorsha, terus ngencessss...Nak minta kat tuan rumah tak sampai tangan nak hulur, nak tak nak terpaksa bereksperiman sendiri...Kih kih kih..

Emmmmm..nyum-nyum-nyum..Memang sedap...Lemak-lemak gitu....jom intai resipinya kat sini....Kat sini pun boleh...

BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur ( Gred B )
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter cair / minyak jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul ~Sue guna blender...
  2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi Blend lagi
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati Blend lagi...~Sue perap dulu dalam blender lebih kurang 15 min...
  4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
  5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
  6. Biarkan waffle sehingga perang.
  7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !~
************************************************************************
Tips Dari Noorsha Untuk Menghasilkan Waffle Masak Sekata :

  1. On Waffle Maker, sapukan butter nipis² ke atas permukaan waffle maker atas dan bawah.
  2. Sendukkan adunan ke atas waffle maker, ratakan.
  3. Biarkan waffle maker masak dengan penutupnya terbuka hingga nampak buih² kecil timbul.
  4. Lepas buih kecil tu timbul, tutupkan penutup waffle maker dan tekan penutupnya rapat².
  5. Nanti akan dengar bunyi berdesir. Teruskan menekan penutup tersebut. Sesekali jenguk² waffle samaada dah perang atau tak...
  6. Kalau dah perang bolehlah diangkat...
  7. Tips ni sesuai mengikut kondisi Waffle Maker brand TAKADA yang aku gunakan.. mungkin lain brand lain caranya..Wallahualam..Selamat Mencuba!~

Hu hu hu..Masih gagal dapatkan kaler yang sekata dan cantik macam tuannye resipi....Nampaknya kena practice lagi seperti tips yang dibagi..Apa-apa pun dari segi rasa memang tidak mengecewakan...

No comments: