Friday, January 21, 2011

Kerabu Mangga

Sebelom gi market untuk top-up stok bahan kat esbox tu, kiteee lakukan acara clearence stok doluuuu....

Emm...Kesian pulak nengok 2 biji mangga muda yang dok tergolek-golek minta diusahakan tuuuu...Nak makan colek, dah tak larat nak kunyah rasanya....Check punya check resipi dan bahan-bahan kat peti hikmat tuuuu, nampaknya ada sesuatu yang boleh dijelmakan....Maka dengan sedikit kudrat yang masih bersisa (ala-ala malas gituuuu) Maka kita pun startlah godeh-godeh kerabu ni....

Emmmm...Sedapppp..ada rasa masam-masam n rangup bilis tu..Terus berselera nak tambah nasi lagiiii....
BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 2 biji mangga muda (mayang halus)
  • 1 labu bawang besar (mayang halus)
  • 2 biji tomato (Hiris nipis)
  • 5 tangkai cili padi (dihiris nipis)
  • 1 tangkai bunga kantan (Hiris nipis)
  • 100 gm bilis (digoreng)
  • Kacang tanah secukupnya (Disangrai dan tumbuk kasar)
Bahan-B (Dimesin)
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya)
  • Sedikit garam & gula

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan Bahan-A dan Bahan-B
  2. Gaul sehingga sebati dan tambahkan garam jika perlu
  3. Sedia dihidang...

7 comments:

eB ezrin said...

sdp... suker2... tq yer :)

KakAsma said...

waaa....mmg sedap tul nie..tak pandang2 kalau dapat ratah..ada lagi tak???

Sue @ Nenie said...

Salam..

Eb..pas ni boleh lah cuba...Sedaaappppp

Kak Asma,
he he he....jom kita ratah sama-sama...

Nieza said...

uishhh sedap ni saya peminat kerabu ni mau bertambah nasi ni kalau mkn ngan kerabu ni..hehe

kak ina kl said...

salam dari akak..sehat ker..lama tak jumpa kamu.
mengecurkan air liur bila tenguk kerabu mangga ni..erhm..

Sue @ Nenie said...

Salam Nieza..

Sedapkan dapat makan kerabu...memang berselera nak nyantap

Kak Ina,
Salam Kak....sihat..iyalah lama yaa kita tak jumpa..

Jess Alicea said...

I don't have any animals however i'm certain that any dog would gulp these up during a heartbeat. Thanks for sharing on sensualist Friends Friday and that i hope that you just can be a part of USA once more this returning week. See more at homemade dog treats