Tuesday, January 25, 2011

Tumis Sawi & Bebola Ikan

Selamat Malam & salam....Yuhuuuu...lamanya tak makan sawi tumis air cenggini..Walau pun simple tapi kalo makan ngan ikan goreng garing-garing ni memang berselera..tambah pula cicah ngan budu..ehemmmm...kih kih kih

Tapi ni versi simple..Kalo yang versi terengganu yang biasa mak buat, mesti tumis ngan lada hitam tumbuk..Tapi kat rumah ni tak leh wat cenggitu, tak laku nanti..So tumis besa-besa jelah...

BAHAN-BAHAN
  1. Seikat sawi (potong, asingkan batang dan daun, bersih & toskan)
  2. Soo Hoon secukupnya
  3. Bawang merah ~Dimayang
  4. Bawang putih ~Dimayang
  5. Serbuk lada hitam~optional
  6. Air secukupnya untuk kuah
Pes Fish Ball
  1. 3 ekor ikan sardine/selayang (diambil isinya)
  2. 1 sb tepung sagu
  3. Secubit garam
  4. Lada sulah secukupnya
PENYEDIAANNYA

Pes Fish Ball
  1. Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam food processor..Blend sehingga lumat..~Jika tiada Food Processor, boleh tumbuk sehingga lumat & sebati, no halnye....
  2. Ketepikan sehingga mahu digunakan..
Tumis Sawi
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga bawang layu.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah..Masak sehingga mendidih.
  3. Bila dah didih, masukkan batang sawi dan sambil itu bulat-bulatkan pes fish ball sebesar ibu jari dan masukkan ke dalam kuah tumisan.Tunggu sehingga kesemua fish ball timbul.
  4. Kemudian bolehlah dimasukkan soo hoo dan perasakan ngan garam.
  5. Bila semua dah cukup rasa, barulah masukkan daun.Kacau sekejap dan tutup api..Sedia dihidang

3 comments:

HaSue said...

simple dimple pun kalo hirup begitu sahaja x hengat gakk..hihi...lapo balik laa nengok sup nih...ada lagi ke tu?

Nieza said...

sedapnya!....suka hirup kuah ni panas-panas...kalau dok dlm kesejukan ni mkn yg berkuah mcm ni sedap ni...:)

Sue @ Nenie said...

Salam

HaSue,
emmm..tinggal semangkuk lagi ni...jomm leeeee

Nieza,
Haaa...sayur berkuah cenggini, kalau ada sambal belacan lagi ngancam niii...