Sunday, January 16, 2011

Daging Masak Hitam

Salam....Haaaa inilah lauk yang Sue buat untuk gandingkan bersama Nasi Lobak Merah tuuuuu....Simple jeeee....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Daging
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 50 gm kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan Perapan
  • *10 tangkai cili kering ~Boleh tambah ikut kepedasan yang disukai
  • *2 biji bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *1/2 cm halia (Bahan* dikisar/blend)
  • **1/2 sk ketumbar
  • **1/2 sk jintan manis
  • **1/2 sk jintan putih
  • **1/2 sk lada hitam (Bahan** disangrai dan blend halus) ~ Sue guna yang serbuk jeee
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb kicap pekat manis
  • 1/2 sb kicap pekat
  • Gula merah secukupnya
  • Cuka secukupnya ~ Sue tak buh
PENYEDIAANNYA
  1. Perap daging bersama bahan perapan selama 30 min
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan daging perap tadi dan kacau sebati.
  4. Masukkan air panas secukupnya sekadar untuk melembutkan/mengempukkan daging.
  5. Masukkan kerisik dan gaul rata..Perisakan.Masak sehingga kuah agak kering.
  6. Sedia dihidang...

No comments: