Monday, January 17, 2011

Udang Lemak Cendawan

Jommm kita jamu selera mata ngan udang masak lemak ni....

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 200 gm cendawan tiram
  • *10 tangkai cili api
  • *2 inch kunyit hidup (*Dikisar)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 250 ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 200 ml air/secukupnya
  • Garam secukupnya

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar di dalam periuk.Tuang air secukupnya.
  2. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan daun kunyit.Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan, kacau di atas api yang perlahan supaya tidak pecah minyak.
  4. Masukkan udang dan cendawan serta garam secukup rasa.
  5. Kacau sehingga masak, angkat dan hidangkan...

4 comments:

Ayu said...

salam sue,
sedap lauk ni..akak suka..
uish kecur dah ha....

Nieza said...

sedapnya udang msk ni...tapi saya jarang msk ni coz hubby x brapa suka. tapi tgk ni terliur pula...:)

Sizuka said...

salam sue,

masak lemak mcm tu memang my fav! tapikan, sejak dua menjak berdiet ni, santan memang musuh ketat :)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ayu,
Emmm sedap dan senang...Dah 2 kali buat ni...

Nieza,
Sesekali boleh cuba masak dlm kuantiti yg sedikit

Sizuka,
Psssstt apa kata santan digantikan ngan susu sejat...boleh bantu diet tuuuu