Wednesday, January 5, 2011

Kari Ayam Mamak Style

Salam Pagi Khamis..yang ni lauk dua hari lepas..Kari Ayam Mamak Style...Nyum nyum nyum..Dah banyak kali dah masak kari guna resipi ni tapi biasalah, selalu tak sempat nak posing-mosing...Biasa buat guna santan, tapi kali ni buh susu sejat jeeee..Malas nak buka packing santan tu, lagi pun kebetulannya susu sejat lebihan nasi minyak tu berbaki lagi stengah tin...Kat pala ni pun macam tak plan nak baking..Jadinya daripada ia bertapa jeee kat dalam esbox tu, biarlah dia terjun dalam piyok niii....

Resipi asalnya ambil dari dapur Iris Samara MYR, terima kasih buat beliau kerana sudi share resipi yang menepati citarasa ni...Jadi cam biasa kopipes lagi resipinya kat sini buat kesekian kalinya..Minta Halal yaaaaaa..Then ada sikit adjustment tang nota resipi untuk memudahkan rujukan sendiri..Jadinya, kalau nak tengok note resipi asalnya bolehlah berkunjung ke sana

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • ubi kentang - ikut suka byk mana
  • 3/4 santan atau susu cair
  • garam secukup rasa
Bahan-A (Diblend) ~ Sue parut je
  • 10 biji bawang putih
  • 3 inci halia - diblender.
Bahan-B
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji tomato
  • 2 btg serai diketuk
  • 2 helai daun pandan
Bahan-C (Dijadikan pes)
  • 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
  • 1/2 sk srbuk kunyit
  • serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best)
Bahan-D (Kuantiti, ikut yg anda suka)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis.
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis Bahan-A sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan Bahan-B. Tumis hingga daun kari agak garing.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk.Tumis lebih kurang 3 minit.Pastikan dimasak degnan api perlahan.
  4. Masukkan sedikit air dan tutup periuk semula.Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
  5. Tambah air mengikut kuantiti kuah yg disukai.Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  6. Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan-C dan Bahan-D.Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.(Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat.)
  7. Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.

No comments: