Sunday, February 6, 2011

Tumis Kicap Udang

Sekadar nak cari sedikit kelainan dalam menyediakan hidangan udang..By the way, sungguh memuaskan hati..

Resipi ambik kat buku masakan 'Resipi Bonda' tapi dah adjust siket mengikut selera....

BAHAN-BAHAN
  • 10~15 ekor udang sederhana besar
  • 2 keping tauhu ~Dipotong dan goreng
  • 1/2 batang lobak merah ~Diparut kasar
  • 1 labu bawang besar ~Dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~Dicincang
  • beberapa tangkai cili kering ~Rendam dlm air panas sehingga lembut dan blend halus
  • 1/2 cawan kicap manis ~Sue kurangkan
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Gaul udang ngan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga berubah warna, angkat, tos dan ketepikan.
  2. panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cili kering sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan bawang putih yang dicincang.Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada sulah dan lobak merah yang sipa diparut..kacau sehingga kesemuanya sebati.
  5. Masukkan udang goreng tadi, bawang dan tauhu yang siap digoreng...Rasa masin manisnya..Jika perlu boleh tambah garam dan gula secukupnya..(Sue tak tambah garam&gula lagi pasal kicap sudah cukup memberikan rasa)

2 comments:

Nieza said...

sedapnya! cantik jer nengok udang tu posing rasa nk ngap jer...hehe

Sue @ Nenie said...

Salam..
Apa lagi..jom kita ngap same2