Saturday, April 9, 2011

Apam Gula Hangus

Salam...Haaaa....Dah penat cuci-cuci mata, apa kata kita basahkan tekak ngan hidangan minum petang bersama Apam Kukus Gula Hangus ni....Sedaaaappppppp....

Haaaa..Semasa nak masak kuih ni, terimbas kembali nostalgia 3 tahun yang lalu...Masa tu Sue memang naif dan daif sangat bab-bab ilmu dapur ni...Sampailah jumpa MYR...Dunia yang samar mula menerbitkan sinarnya......Bercahaya-cahaya gitu ngan limpahan ilmu dari mereka-mereka yang pemurah dan ikhlas membimbing apa yang patut..

Dah alang-alang imbas nostalgia dolu-dolu.....Haaaaa...nilah antara resipi terawal yang pernah Sue cuba..time tu, memang menjadi.....Happynya hanya Tuhan yang tahu..Almaklumlah, orang tak pernah masak......Excited dia tu overlah siket kan.....kan....kan......Ha ha ha ha.....Dan dari situlah Sue mula membina keyakinan untuk terus memasak untuk keluarga...Siket-siket kumpul ilmu, tanya sana-sini, rujuk apa-apa yang patut.....

Sehinggalah sekarang, walaupun bukanlah tahap terror sangat tapi alhamdulillah dah tahulah beza antara biji limau kering ngan buah pelaga, gula merah ngan gula perang.......Terima kasihhhh semuaaaaaa....

Oklah..Berbalik pada resipi ni...Kopipes dari sini......Thanks Hazz sudi share resipi...

Nak cepat malas nak kotorkan acuan, so main tuang je dalam loyang...Gambar pun hanya ini yang sempat ditembak atas faktor-faktor yang tidak mengizinkan....

BAHAN-BAHAN
  • * 1 cawan gula pasir
  • * 1 cawan air (*untuk gula hangus) ~ Sue
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak (Sue buh 1/4 cwn jeee)
  • 2 sudu besar marjerin (Lupe nak Buh)
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
PENYEDIAANNYA
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

3 comments:

izahdaut said...

sue..tak yah perap bagai ye..aiishh ni yang nak menerai jugak ni. tadi baru aje amik resepi kat umah kak ummi tapi perap punya.

Love2cook Malaysia said...

Sedapnyaaaa apam! Lapar lor ;)

Dear, you've been awarded! Pls stop by to collect from me ya! ;)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Izah...
Tak payah perap...Lepas bancuh main sumbat jeee dalam loyang tu...

Emmm...yang perap tu Apam Gula Hangus@Sarang semut kan? Yang ni bukan versi bersarang tu, tapi versi ala-ala apam mentega tuuuuu...

Love,
Silalah tapau balik seketui dua....
haaaa...nanti saya gantungkan award tu kat dapur saya..Gi cari paku n tungkul dulu..Thanks.....