Sunday, April 10, 2011

Murtabak Segera

Salam di hujung minggu...Jommmmm kita sarapan sesama....

Ni resipi nak clearance stock inti daging untuk roti lapis berdaging itu hari..Tapi intinya pun taklah banyak sangat, bolehlah dapat 3 ketul..So untuk tambah intinya lagi Sue masak lagi intinya, so bolehlah buat versi pedas+kari....Nyum nyum nyum sedapnya makan ngan sos....

Resipi murtabak ni idea dari Minami kat MYR....Thanks ya Minami, Sue kopipes sini pula....

Kat gambar ni versi inti plain
BAHAN-BAHAN
  • kulit popia secukupnya
  • minyak
Bahan Inti
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • daun sup
  • 2 biji telur
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk inti :- Bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. goreng sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging cincang.Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun supKetepikan.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

3 comments:

Uncle Lee said...

Hello Sue, wow! I have not eaten this ages. And yours looks delicious. I can practically get the lovely smells of your ingredients.
Can see you have a Black Belt in cooking, ha ha.
You have fun, and keep a song in your heart.
Lee.

nur said...

Salam Sue,
Sedapnya mutabak.. ley la akak try buat..senang pakai kulit popia je kan Sue.. tq share resepi :D

Sue @ Nenie said...

Uncle Lee..
Thanks...He he he he ...Rasanya belum tahap black belt lagi niiiiii....

Salam Nur,
Betul tu...time2 ada lebihan inti dan kebetulan kulit popia pun ada stok, bolehlah buat ni....