Monday, April 11, 2011

Dulce De Leche

Salam hari Senin....Dah petang-petang gini ada yang Morning Blues lagi kerrrr.....? Udah-udah lerrrr tu...Opppssss...ada lagi siket-siket....? Alaaaaa..janganlah gitu....Apa kata kita ceriakan petang hari Senin kita ngan resipi yang mudah ni, tapi dari segi rasanya memang mabelesssssssss......

Sebenarnya sebelom ni, tatkala benda alah ni semakin pemes-emes dan mendapat tempat di dapur hati "tukang-tukang masak blog" di Malaysia ni, takdelah Sue terlintas nak join the club...Memanglah senang tapi bila memikirkan kelecehan nak menunggu tu, terus membatalkan niat...

Kiranya mase tu, Sue ni boleh diibaratkan dalam golongan orang2 yang duk bertenggek tepi pagar sekolah tengok orang len duk bersukanlah....Macam best diorang tu duk lompat sana sini, tapi nak join malas, takut panaslah, penatlah dan macam-macam lagilah alasannyaaaaa.....

Sampailah resipi ni muncul pula kat MYR...haaaaaa......Macam-macam perdebatan diorang berkenaan ketidakujudan Susu Pekat Manis ni di Malaysia ..Eh..! Iya ke..? (Ha ha ha..Sebelom ni tak pernah alert pun tentang beza krimer dan susu pekat manis....Rupanya sepupu-sepapat jeeee..Bukan adik beradik...) Dah tu, diam-diam Sue pun cuba survey.....Tup-tup jumpa Susu Isian Pekat Manis..."Yessssss....Jumpa" (Dengan rasa teruja)..

Tapi telahan Sue silap lagi...Susu Pekat Manis dan Susu Isian Pekat Manis ni rupanya adik beradik tiri jeeee....Bukannya Seibu Sebapa...Tapi tak pelah...Alang-alang kan...Simpan jelah kat dalam gobok dulu..Pun belum terfikir nak buat benda alah ni....

Sampailah satu ketika tu, entah apa mimpinya, time dalam perjalanan balik kerja, tetiba terlintas nak menerai kerja giler ni....So, sesampai je kat rumah terus gi dapur dan rebus satu tin sebagai percubaan...Dan kalau ikut perkiraan rambang, hampir-hampir 10pm nanti siaplah....Mana tau, tetiba bila Cik Hubby balik dia ajak gi 'dating' kat McD lah pulaaaa....Alamakkkkkk......

Maka, Sue pun terpaksalah menurut perintah...Lebih kurang hampir-hampir 9pm (kalau ikut perkiraan dah 2 jam 15 min~tapi Sue fikir belum cukup 3 jam, belom jadi lagi_tak tau pula 2 jam pun sudah memadai, 3 jam jika ingin lebih pekat), sebelom keluar Sue pun tutup api periuk dan biarkan saja ia terendam cenggitu, niat hati nak sambung lagi balik nanti..Mana taw, dah kenyang, mata pula ngantuk...Jadi niat pun terbantut....

Dua hari kemudian, Sue pun berkira-kira nak sambung lagi...So, dengan betul-bendulnya Sue pun sambung lagi merebus lebih kurang 45 min...Ha ha ha ha.....Bini sapelah yang bijak bestari ni....

Dan.....Jeng jeng jengggggggggg.......Lihatlah dunia Dulce De Leceh Leche ku ini.......Ha ha ha ha ha ha

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin susu pekat manis. (Pilih brand kesukaan masing-masing)

PENYEDIAANNYA

Cara Pertama
  1. Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar.(Boleh rebus 2-3 tin sekaligus)~Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.
  2. Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. simpan dlm fridge
Cara Kedua
  1. Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu.
  2. Masukkan tin susu ke dalam periuk dan masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut.Rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.
Cara Ketiga
  1. Panaskan oven pada suhu 220C.
  2. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar.
  3. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style) tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam.
  4. Tambah air dalam loyang besar jika perlu.
  5. Bila dah dapat warna keperangan gelap boleh berhenti membakar dan tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.
Cara Keempat
  1. Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar .
  2. Microwave kan pada suhu medium selama 2 minit. keluarkan dan kacau sebati.
  3. Microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi.
  4. Microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi.
  5. Ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.

First-first buka tin memang teruja abisssss.....Terus je saki baki kat tudung tin tu di rasa....nyum nyum nyum....Emmmm...Rasanya macam pernah cuba ni....Di mana yaaa......?

Oh.. oh.. oh.. Kat Aunty Anne....Petzel Almond wif karamel.....Sukeeeeee......(Walau pun rasanya tak 100% sama tapi ada iras-iras)

Tapi, betullah cakap Kak Mimi, rasanya bergantung pada brand Susu tu juga....Lepas ni kalau terbuka hati lagi nak membuatnya, nak guna krimer kegemaran...Walau strukturnya diorang cakap agak cair berbanding menggunakan susu pekat manis...Tapi mungkin dari segi rasa ia akan lebih memuaskan hati.....

5 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Eh Ehh malas bebeno bunyinya.Boleh la kawan dgn sorang murid yang ada kat kindie akak.Asyik nak dok tepi pagar tengok-tengok aja.Sabor aja la..

Nursham said...

Hi awak, selamat berkenalan :) tgh blogwalking terjumpa blog awak pulak...tertarik dgn resepi ni sbb mak saya pun pernah buat dulce ni...guna susu cap teko...mmg x boleh stop makan benda ni sedap sgt kan...mak saya rebus tin susu tu rasanya 4 jam kot...tapi hasilnya mmg berbaloi...

makcikkantin said...

Salam,

Dulce tu...makcik dah buat abt 6 mths ago...masih dlm fridge....masih dok fikir nak buat apa....lemak manis berkrim rasanya kan.

kalau senang singgahlah rumah makcik ya, ada ole ole sikit...:-D

Nieza said...

wahh sue rajinnya buat DDL ni nieza juga yang malas...hehe
p/s: nanti singgah umah ambil poskad yer:)

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ros...
He he he...Nasib baik dia nak gak duk tepi padang, ada satu kes pernah saya dengar, dek kerana selalu duk dalam air-cond, sampaikan ada satu hari mak dia bawa gi kenduri, anaknya tak mau turun pasal tak tahan panas...Rela duk dalam keta pasal ada air-cond....Oh...Malangnya budak itewwwww.....

NurSham,
Thanks sudi singgah sini..Sue pun tgh berkira-kira ni nak masak apa...Paling senang kek lah kottttt...Paling malas sapu atas roti...ha ha ha ha

MakCik Kantin,
Salam Kak, buat kek best gak ni...

Nieza,
Sue pun tak sangka boleh terbuat DDL ni...Pasal tak disangka-sangka balik kerja je, terus gi ke dapur merebus benda alah ni...Apa-apa pun hasilnya memang berbaloiiiiii