Monday, April 18, 2011

Kek Span Pandan

Salam Isnin..Jomm kita sarapan ngan Kek Span Pandan ni...Suke sangat...Lembut gebussss jeeee walaupun Sue hanya guna tepung gandum dan terpaksa 'reduce'kan bilangan telur pasal 4 biji itu je ada dalam stok...

Terima Kasih buat sweet 4ever sudi share resipi ni kat MYR...Dan seperti kebiaasaannya mesti nak kopipes sini pula....

Haaaa..pasal penggunaan api atas bawah tu, Sue tak pastilah, pasal mula-mula memang set atas bawah, tapi tak sampai pun 5min proses pembakaran, atasnya dah mula gelap walau pun Sue hanya setkan 150C sahaja...Untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku, terus Sue setkan api bawah jeee sampailah kek ni masak...He he he..any komen....?

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm Tepung super fine ~Sue guna tepung gandum serbaguna
  • 150 gm gula kastor ~ Sue buh 70 gm
  • 5 biji telor ~Sue buh 4 biji
  • 15 ml / 1 sb ovalette
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 5 ml/ 1 sk pes pandan
  • 1 sk serbuk penaik
  • sedikit pewarna hijau
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan gula, ovalette, tepung gandum, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.(tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau..Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inch, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (Kek dimasak menggunakan api bawah & atas) ~Sue setkan 150C dan hanya menggunakan api bawah sahaja)
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...Bagi mengelakkan kek kita kempis..

3 comments:

Syimama said...

waa..menjadi, camni kedai pun terancam.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...tapi kena praktis lagi ni kasi xde lekuk2 atasnya.he he he...

ARMY'S WIFE said...

mengancam..nk try la...