Monday, April 18, 2011

Ayam Daun Limau Purut

Muncul kembaliiii di petang Isnin ni dengan menu makan malam 2~3 hari lepas...lagi lauk pauk dari buku barukuuuuu.....

Tapi macam biasa, telah Sue jadikan ia 2in1..Memandai-mandai campak kacang bendi dalamnya..Jimat masa lagiiiiii....Tak yah masak sayur..Ngeeeee......

BAHAN-BAHAN
  • 3 sb minyak masak
  • ½ ekor ayam (potong ikut suke)
  • 3 keping daun limau purut (disiat-siat)
  • 250 ml pati santan
  • ½ sb asam jawa (tambah 100 ml air)
  • Bendi secukupnya (optional)
Bahan Kisar
  • 3 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit
  • 1 cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 5 tangkai cili kering (Dipotong dan rendam air panas sehingga lembut)
  • 2 tangkai cili padi
  • garam kasar secukupnya
  • 1 sk gula batu
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, daun limau purut san pati santan.Kacau berterusan di atas api sederhana sehingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan bendi...Biarkan merenih sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  4. Hidangkan semasa panas dengan nasi putih.

2 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue,malam ni kak ros nak masak ikan 3 rasa tu.Dah CNP resepinya dari sue.Dah masak nanti baru ambil gambar ya.Mintak izin dulu ya.Ayam ni pun nampak sedap juga.

Sue @ Nenie said...

Salam..wahhhh..saya dah pun jengah dapur akak..sedappppnya ikan 3 rasa akak bersiram....