Tuesday, April 19, 2011

Puff Daging Berkentang

Salam....Jommmm kita layan resipi segera orang malas.....Dapat idea ni dari sini, tuan punya resipi guna tuna, tapi Sue buh inti kentang, ala-ala inti karipap....So dah save masa dan tenaga untuk doh....

BAHAN-BAHAN
  • Beberapa keping pastri puff segera ~Sue guna jenama Kawan
Bahan Inti
  • 75 gm isi ayam/daging lembu tanpa lemak
  • 1 biji kentang (saiz besar)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 s.bsr penuh rempah kari daging serbuk
  • 1 s.bsr minyak masak
  • 4 helai daun kari
  • ½ cwn air
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Cincang isi ayam/daging.Ubi kentang dikupas dan didadu.Bancuh rempah kari ngan sedikit air untuk membuat pes.
  2. Panaskan minyak masak.Tumis bawang merah sehingga wangi.Masukkan pes kari dan tumis selam 2~3 min.
  3. Tambah ayam/daging cincang.Tumis selama 2~3 minit lagi.
  4. Tambah ubikentang, garam dan air.Tutup kuali dan masak selama kira-kira 10 min. sehingga ubi kentang masak dan inti mula kering.Perasakan secukup rasa.Sejukkan inti
Untuk Puff
  1. Potong 2 kepingan puff membentuk segitiga untuk setiap kepingan.~Jika suka puff bersaiz besar, tak perlu potong
  2. Letakkan inti dan lipat dua.
  3. Tekan-tekan sekeliling kulit ngan garfu untuk membentuk corak
  4. Letakkan ke dalam dulang pembakar dan sapukan kuning telur di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 10 min atau masak.

9 comments:

nur said...

As-Salam Sue..
Wah sedapnya puff.. senang ada ready-made pastry kan sue, tinggal masuk inti jeh.. nanti nak wat jugak lah, tiru sue :)

Sue @ Nenie said...

Salam...
Itu lerrr..sebelum ni Sue pun tak tau kegunaan instant pastry puff tu sehinggalah kakak yang bagitau pasal resipi kat MYR tu...suke suke idea sky tuuuu

Chik Mimi said...

best ni akak puff tu duk kat esbok je no idea nak buat apa hehheeh M yg beso tu,

psstt akak pun 1st time guna ramekin tu buat bako

cik cek said...

sedap...sedap....sedapppp...
senang nak buat ...sedap pula dimakan....

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Mimi,
Haaa..lepas ni akak bolehlah start buat apa-apa filing kegemaran...
Ohhh..itu lerrr, saya ada gak belek2 bekas genggitu tapi tak kompiden plak nak masuk oben..Kalo remakin yang stail ada jalur2 tu biasalah....

Cik Cek,
Sesuai kala nak cepat..pasal filling...boleh buh apa saja ikut kesukaan

cikmanggis said...

tadi singgah blog Cik mat gebu ada prata berinti cam karipap.Kat sini ada pauff..nak kena cari kulit Puff kat Cold Storage ni

Nieza said...

wah sedap puff ni...kat sini was-was nk beli puff yg ready made mcm tu..kalau nk buat sendiri tak berapa nak rajinla pula..

Kak Rosaliza said...

Assalam nenie..ni bukan malas rajin n kreatif...cepat dan sedap hehhe

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak CM, emmm..sesuai ni kala ada lebihan inti karipap atau time malas nak menguli

Nieza,
betullah, pastry puff bukan siket2 cerewetnya, tapi banyakkkk...ha ha ha bagi amatur cam Sue lah..Yang dah pro tuuuu, jgn cakaplah kannn

Kreadit juga buat Sky yang sudi share idea ni