Wednesday, April 20, 2011

Ayam Masak Kuning

Salam pagi Rabu...Hari ni nak buat tayangan lauk 2~3 hari lepas.Simple-simple jeee..

Lagi-lagi dari buku masakan ni..Bukan apa, sebab buku tu je yang duk tersadai kat atas meja tu...Yang len-len semua duk beratur dalam rak, tu yang malas selongkar tu..Lagi pun koleksi resipi kat sini ringkas-ringkas tapi emmmmmm.....memenuhi piawaian selera anak tekak tuan rumah...

Tapi cam biasa mesti ada ubahan siket...Buka tadak kentang, tapi sajeee nak abiskan stok cendawan tiram yang beberapa ketul lebihan buat sayur 2~3 hari sebelumnya...

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ayam ~ Dipotong kecil-kecil
  • 150 ml santan
  • 2 biji kentang ~Dikupas dan potong baji (Sue gantikan ngan cendawan tiram)
  • 1 helai daun kunyit
  • 50 ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 8 tangkai cili padi
PENYEDIAANNYA
  1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar.Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan ayam tadi dan kentang.Balik-balikkan selama 5 min.
  3. Tambahkan 50 ml santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masak sehingga kuah pekat.Masukkan daun kunyit dan cendawan tiram.
  5. Tambah baki santan dan biarkan mendidih sebelum di angkat dari api.
  6. Sedia dihidang...

9 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salm sdp tu lauk aym masak kuning lebih kurang mcm masal lemak serai yeee..nnt nak try le

izahdaut said...

kire cam gulai lemak jugak la kan..sedap nya nampak tu

Ayu said...

hari ni pun akak masak lemak ayam padi..kalau keluar awal sikit boleh cuba lauk ni sue..hehe
re:-akak masukkan telur, bila kuahnya belum mendidih lagi..kira kuahnya masih tenang, tapi dah nak dekat mendidihlah..api sedang aje..

Chik Mimi said...

wah best ni ,amboi awainya makan cendawan heheeh terpulang dgn badan masing-masingkan

cik cek said...

Emmm....Ayam masak merah...Ayam Masak Kuning pulak...dua dua pun sedapppp....

Sue @ Nenie said...

Salam...

Sheila, Haaa..iya kottt..sebelom ni biasa buat msk lmk cili padi jeee, kebetulan ari tu belek2 buku nampak resipi ni, Sue pun trylah pasal xpedas, sesuai tuk bebudak ni jugeeee

Kak Izah, Haaa ah...rasa lebih kurang sama cuma ni takde serbuk cili

Kak Ayu..he he he..xpe, cam biasa boleh ambik nombor msk list..
Re:Ohhhh...biasa saya tuang time didih..i2 pasal kot putihnya berterabur

Sue @ Nenie said...

Kak Mimi..Eh tak boleh lagi yaaaa...Sebab apa ya..? kalau sejuk, setakat ni xrasa tapi kalau efek kat dalam, ni kena tawww ni...

Cik Cek..Ha ha ha...Dah numpang kat Sel, kenalah bodek sekali sekala kann.....Muahha ha ha

Unknown said...

sedap ni...mcm msk lomak cili api yer...nieza suka..:)

Sue @ Nenie said...

Salam Nieza...Emm hampir sama, bezanya masak kuning ni tak guna cili, tak pedasssss....tapi bila buh daun kunyit tu, wangiiiii jeeeee