Thursday, May 12, 2011

Daging Goreng Pedas

Salam...Selamat Malam...Lunch hari ni..He he he he main snap dalam tuppaware bekas penyimpan makanan jeeeeee...

Simple tapi Sue suke rasanya yang ada rasa pedas2 manis....Nak buat pun senang jeeee...Sambil siap-siap pepagi nak gi kerja tu sempatlah buat pasal tak perlukan banyak perhatian..Tapi api kena jagalah dan jgn terlalu leka....

Jommmmm intai-intai resipinya...

BAHAN-BAHAN
  • 1 cwn daging (Dihiris nipis-nipis)
  • ½ biji kentang saiz besar (kupas dan potong 4)
  • 5 sb kicap manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Seketul (lebih kurang sebesar ibu jari) nisan/gula melaka
  • ¼ sb pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk empukkan daging
Bahan-Bahan kisar ~ Blend kering
  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang bawang putih
  • 1½ sb serbuk cili
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra ngan bahan tumisan.
  2. Masukkan air secukupnya sekadar untuk empukkan daging.(Biasanya Sue masukkan air panas, supaya daging tidak liat sebab disejukkan secara mendadak bila air biasa dimasukkan).Tutup kuali sehingga daging empuk
  3. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan kulit kayu manis.Kacau-kacau sebati.Biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan pes asam jawa, kicap, dan nisan/gula melaka.Kemudian perasakan ngan garam.Kacau-kacau bagi semua mesra dan sedia dihidang.

2 comments:

Diana @ Melley Mey said...

hehehe... wpun hanya snap dalam bekas penyimpan makanan jer... namun nampak sedap tau... ;)

Sue @ Nenie said...

Salam...He he he he