Monday, May 16, 2011

Roti Jala

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat semua teman-teman@pengunjung yang sudi bersinggah sini....Untuk mulakan hari kita, jomm kita layan roti jala ni...

Aceli buat ni hari jumaat last week..Pasal hari tu kitorang ada makan-makan kat opis..Sue punya part, kena sediakan kari ayam...Dah alang2 ada kari kan, jadinya nak senang cerita, pagi tu menjala lah sekali..At least hubby & anak-anak pun adalah juga sarapan pagi tu...

Jala tak cantek pasal nak cepat..Main pusing-pusing sesuka hati jeeee

Resipi ambik dari Myr@Dapur Herdawaty..Thanks ya Waty sudi share resipi kat sana...Sue pun nak kopipes sini juga sebagai simpanan....

BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum ~Sue guna 2 cawan je
  • 2 ½ camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 ½ cawan air/santan/ susu segar
PENYEDIAANNYA
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

6 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam
Lama betul x menjala..teringin la pulak nego ramai yg menjali ni...

Wanieyra said...

ira pun buat roti jala gak semalam...

ijayuji said...

Salam kak, baru nk cakap g umah kak ira ada roti jala hihihi..kat sini pun ada roti jala, nmpknyer ada lauk kari lerr ari nii hihihi..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue ni kuat semangat dan banyak tenaga betul la...pagi-pagi sempat lagi menjala

Cik Ecah said...

baru pas mkn roti jala....hihi...
tp wane ijo bukan kaler kuning..hihihi

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Shiela, ni jala xpress ni...he he...

Kak Wanie, jom kita jala bersama-sama

Ika, itulah, bila ada kari jee, mesti nak wat ni...

Kak Ros, menjala main guna botol mayonis tu...tu yg sempat tu...jala pon tak cantek..compang-camping...ngeeeee

Lily, tingin juge nak wat kaler2 cam org lain...tunggulah nanti