Tuesday, June 7, 2011

Kari Ayam Siam

Salam Selasa...Harap semua sihat-sihat dan gembira selalu...

Jommm kita layan kari ayam siam ni...Buat cicahan roti canai..Nak makan ngan nasi putih pun sedap jugeeeeee....

Lagi resipi kopipes dari sini, Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ayam (potong ikut suke)
  • 5 helai daun limau purut
  • *6 tangkai cili merah
  • *5 tangkai cili padi (Bahan * ditumbuk)
  • 150 ml santan pekat
  • 5 helai daun selasih ~Sue tak buh
  • Garam & gula secukup rasa
Bahan Perapan
  • 4 batang serai (Dihiris halus)
  • 4 cm lengkuas (Dikupas dan cincang) ~Sue guna 1 cm jeee
  • 2 cm halia ( Dikupas dan hiris halus)
  • 1 sk Serbuk lada hitam
  • 1 sb serbuk ketumbar ~Sue buh ½ sb jeee
  • 3 cm belacan (Dibakar & ditumbuk)

PENYEDIAANNYA
  1. Lumurkan ayam dengan bahan perapan.Perap selama 10 min.
  2. Masukkan ayam yang diperap ke dalam periuk.Masukkan daun limau purut, cili merah, cili padi dan 50 ml santan.Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan baki santan dan daun selasih.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan biarkan merenih sehingga masak.
  5. Hidang panas-panas bersama nasi putih atau pun roti canai

8 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum sue..
pepagi datang dapur sue.. terus lapar tgk ayam n roti canai tu... akak nak ckit sue... sedaaappp

Ucu Faridah said...

salam sue...tengahari ni nk makan kari...ada lagi tak..?

ijayuji said...

Salam kak sue! org yg kat siam pun tak pernah mkn kari siam kari yg kita beli tu pun biasanyer kari ijau atau yg sewaktu dgnnyer hihihi...

Ayu said...

assalam sue,
sedapnya kari siam makan dengan roti canai tu ha..wah ini recipe dari hidangan tunku..mesti sedap ni..
anyway, TUNKU KE TUANKU?..

Amie said...

assalam sue,
pasal kari ayam siam ni... apanya yg dari siam ehh... ayamnya ker.. he hehhh

Ida,Japan said...

slm sue...kari ni tak pakai rempah kari erk...tu yg bezanya, mesti sedappp ni...

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Diana, Jom sama-sama kita cicah roti ngan kari ni...Silap-silap nanti lunch boleh terus makan ni ngan nasi putih, tak yah masak lauk lagi...

Kak Ucu, hai macam tau-tau jeeee...magik betul lauk ni boleh jadi 2in1..Pagi bersama roti canai, tgh hari bersama nasi putih pulaaaa

Salam Ika..Ni kari Siam belah selatan....He he he he ...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..Hidangan Tunku..Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...Yang jadi Tuanku nya....Ehem ehem Tuan Tanah lah.....

Kak Emie...Me'sia punya, Siam dapat nama..Ha ha ha ha

Kak Ida..Tak yah pakai serbuk kari...Kuahnya pekatttt..sedapppppp