Saturday, July 16, 2011

Choclairs Choco Muffin

Salam....Last week time BW terjumpa resipi ni kat Blog HaSue...Terus rembat bawa balik dan berdezuppppp juga potong Q.....

Memang berbaloi-baloi...Sedap dan dah ramai juga yang mencubanya....


CHOCLAIRS CHOCO MUFFIN

Source : Kak Yani

BAHAN-BAHAN
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm chocolate chips
  • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
  4. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
  5. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5 comments:

Diana @ Melley Mey said...

wah tergoda lagi... ari tu tergoda kat dapur sue.. hari nie kat cnie lagi... sedaaapnya...

Mieza said...

kena gi beli choclairs n mencuba nih! dap nyer!

LinRosly said...

Assalamualaikum....


Apa Jer Jenis Coklat Mmg Fav Kak Lin Tapi Kena Kawal...Hehehe

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak D..itu lerrrr..ni kes ngencessss masa rgk kat dapur HaSue lah ni..Berdesupppp buat...

Kak Mieza...nyum nyum nyum..memang sedapppp..puas ati

Kak Lyn...Alaaaa kak Lyn jgn ambik banyak2 .. dapat merasa seketoi dua pun dak cukup..kan kan kan...

Ayu said...

Assalam sue,!!!!!
wah rupanya sue dah buat juga ya..wah macam mana akak tak nampak ni sue!!!!waduh..confirm dah masuk asarlah akak ni!!!wakakaka