Monday, July 11, 2011

Roti Lapis Berdaging

Salam..Emmm lama bebenor tuan rumah tak bersinggah sini..Rindu rasanya nak kembali berblogging...

Tapi sebab lama benor berhibernasi, idea pun macam suraammmm jeeeee tambah pula ngan MondayBlues....Apa-apa pun, tuan rumah tetap nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi bersinggah sini dan insyaAllah, nanti kalau sempat Sue akan berblogwalking macam biasa walau pun sedikit lempap..Ngeeeee....

So untuk acara pemanas badan ni, kita layan dululah Roti Lapis Berdaging ni...Resipi dari Kak-E Kat MyR...Sebelom ni pun dah pernah buat...Kiranya ni dalam kumpulan ulang tayanglah yaaaaa.....

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
PENYEDIAANNYA
  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  5. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  6. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  7. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  8. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  9. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  10. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  11. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

13 comments:

cik cek said...

Lamanya tak nampak sue...pekabo...sihat sejahtera hendaknya....

Emmmm...sedapnya roti lapis daging ni...lapo lak perut kak cek tgknya...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Cik..Hu hu hu kite pun rindu nak berblog..Tapi apakan daya, tenet kat rumah masih lagi problem.....Menci

Cik Ecah said...

lame xnmpak sis uodate resipi huhu ;p

sedappp sbb sy tgh lapooo huhuhuhh :)

Sue @ Nenie said...

Salam...
Tenet kat rumah prob. skt...Opis pula, bzzz memanjang xsempat nak ngulor....Waaaaa...Nak blogwalking pun tak sempat...

Ecah sihat?

Cik Ecah said...

ecah br baek demam...heeee
opis bese la kak biler kojer bnyak xdpt ank ngulorr...haha
sy pun jrg2 dpt on9 kat ofis..coz selalu dorang blockkk huhhh menciii

akak shah alam kat ner??
sy keje kat shah alam gak nih..
seksyen 4

noor said...

As salam tuan rumah...sekali pandang nampak macam chicken pie tapi roti ..cantik pula buat macam nie .

Asmara said...

salam sue, moga sihat ye. kita mmg suka la bakar2 cheese mcm ni, resepi ni nampak menarik la. mesti dicuba ni. tq sue. ;)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam sue.Mana sue pi menghilang???Kita masak benda yang sama ke?????tapi kak ros main hentam ,ingat2 lupa resepi tu dan tak tau kat mana bacanya.Dalam sebuk nak habiskan roti,tapi jadi la jugak.Anak2 sihat tak?

che'iza said...

Dah bereslah eh projek ko nenie... Dah membaking dah.... Sedapnyer roti lapis daging... tersa cam makan lasagna melayu...

Deliah's Deli said...

roti lapis daging bt dlm bekas comel2 mcm tu..senang nak serve..bagus idea tu. :)

Sue @ Nenie said...

Salam

Cek Ecah...He he he..Itu lerrrkan...Tapi kat sini xpernah diorang block cuma rasa xsedap hati pula, kalau kerja xsiap bukan tak sempat tapi pasal tak buat...

Psstttt...sesekali ngular release tension@bosan tak salahkan...? Ngeeee

Sue @ Nenie said...

Salam

Noor, haah...bila boh dalam bekas cenggini ala-ala pie lah plakkkk...

Kak As...Sue pun suke resipi ala-ala cenggini. makan dgn sos memang syiokkkkk...

Kak Ros..Ada ni..sihat...cuma lately ni bz siket kat opissss...tak cukup masa nak ngular...Waaaaaa

Sue @ Nenie said...

Kak Iza...Project tu belum berkesudahan lagi...sesekali cilok time realease tension sambil ngulorrrr...ha ha ha ha

Kak Del...Sebenarnya saya takdak koserol...tapi bila sekali buh kat sini, rasa mcm senang pula nak tapaukan....